
Marvel Studios telah melancarkan TV Spot terbaru Loki, siri Disney+ ketiga MCU, lakonan pemenang Golden Globe Tom Hiddleston. TV spot tersebut menawarkan beberapa rakaman terbaru yang terus menggoda gandingan dinamin antara Hiddleston dan Owen Wilson. Anda boleh tonton TV spot tersebut dibawah.
Tom Hiddleston kembali memainkan peranan kegemaran peminat Loki dalam siri akan datang. Penjahat Marvel itu kali terakhir dilihat dalam filem Avengers: Endgame, dimana dia akhirnya berjaya mencuri Tesseract selepas Iron Man dan Ant-Man gagal dalam misi mereka.
Menyertai Hiddleston adalah pendatang baru MCU, Sophia Di Martino (Yesterday, Flowers, Into the Badlands), calon Oscar Owen Wilson (The Royal Tenenbaums), Gugu Mbatha-Raw (Black Mirror, San Junipero), Cailey Fleming (The Walking Dead), dan Richard E. Grant (Can You Ever Forgive Me?). Di Martino dilaporkan akan membawa peranan Lady Loki.
Penulis “Rick and Morty” Michael Waldron menulis lakonlayar siri ini, manakala Kate Herron sebagai pengarah. Hiddleston sebelum ini telah mendedahkan bahawa penonton akan melihat karakternya menggunakan Tesseract untuk menimbulkan lebih banyak kekacauan.
Siri enam episod ini dijadualkan tayangan pada 9 Jun ini, eksklusif di Disney+ Hotstar