
Tom Cruise bukan calang-calang pelakon, dia sangat hebat dalam melakukan aksi lagak ngerinya sendiri. Jika sebelum ini telah tular video aksi stunt bermotosikal Tom Cruise dikawasan pergunungan, kali ini seorang peminat telah merakam gaya santai Cruise diatas bumbung keretapi yang sedang bergerak laju.
Anda boleh tonton video tersebut dibawah.
If you are wondering where Christopher McQuarrie is… pic.twitter.com/BdMf2hgtOJ
— Cinephilia & Beyond (@LaFamiliaFilm) October 4, 2020
https://www.instagram.com/p/CF6vx0ADlig/?igshid=1mmagvt8ycbv9
Mission: Impossible 7 dibintangi Tom Cruise sebagai watak utama Ethan Hunt, serta beberapa pelakon lain seperti Rebecca Ferguson, Hayley Atwell, Simon Pegg, Ving Rhames, Henry Czerny, Shea Whigham, Pom Klementieff dan Esai Morales sebagai antagonis utama, menggantikan tempat Nicolas Hoult yang terpaksa berundur dari projek Mission: Impossible 7 disebabkan masalah jadual.
Paramount Pictures telah menetapkan tarikh tayangan dua filem terbaru Mission: Impossible iaitu pada 19 November 2021 dan 4 November 2022.