Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

[VIDEO] Teaser Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terbaru DC


Menjelang trailer penuh yang akan dilancarkan pada Khamis ini, DC Studios telah mengeluarkan teaser filem akan datang, Aquaman and the Lost Kingdom. Filem terbaru DC itu akan tiba di pawagam pada 20 Disember ini.

“Setelah gagal mengalahkan Aquaman buat kali pertama, Black Manta, masih didorong oleh keinginan untuk membalas dendam kematian bapanya, tidak akan berhenti untuk menewaskan Aquaman sekali lagi dan untuk selamanya,” menurut sinopsis filem itu.

“Kali ini Black Manta lebih hebat daripada sebelumnya, menggunakan kuasa mitos Black Trident, yang melepaskan kuasa purba dan jahat. Untuk mengalahkannya, Aquaman akan berpaling kepada saudaranya yang dipenjarakan, Orm, bekas Raja Atlantis, untuk menjalin pakatan yang tidak mungkin. Bersama-sama, mereka mesti mengetepikan perbezaan mereka untuk melindungi kerajaan mereka dan menyelamatkan keluarga Aquaman, dan dunia, daripada kemusnahan yang tidak dapat dielakkan.”

Anda boleh tonton teaser trailer dibawah:

Aquaman and The Lost Kingdom dibintangi Jason Momoa sebagai watak utama Arthur Curry / Aquaman, Amber Heard, Yahya Abdul-Mateen II, Patrick Wilson, Randall Park, Dolph Lundgren, Temuera Morrison dan Pilou Asbæk. James Wakembali sebagai pengarah, manakala lakon layar akan ditulis oleh duo dari filem pertama, David Leslie dan Johnson-McGoldrick.


Warner Bros. menetapkan tarikh tayangan Aquaman and The Lost Kingdom pada 20 Disember 2023. 


Related posts

Lionsgate Dedah Trailer Terbaru The Ballad of Songbirds & Snake

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee

Justin Timberlake Kembali Dengan Kumpulannya Dalam Trailer Trolls Band Together

Kakimuvee

Netizen Kecewa Dengan CGI Buruk Atlanna Lakonan Nicole Kidman Dalam Teaser Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee

Video Teaser Saw X Usik Kengerian Filem Terbaru Melalui Permainan Papan

Kakimuvee