Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaVideo

[VIDEO] Sneak Peek “Loki” Goda Baki Tiga Episod Yang Akan Datang


Marvel Studios telah melancarkan ‘sneak-peak’ untuk siri ketiga MCU Disney+ Loki, yang menyoroti beberapa momen penting dari tiga episod pertama.

Video baru ini juga memperlihatkan gambaran pertama penonton untuk baki episod yang akan datang, menggoda penampilan Time-Keepers, dan penahanan TVA terhadap Loki dan Sylvie serta beberapa urutan penuh aksi mereka. Episod 4 Loki akan tersedia Disney+ Hotstar pada hari Rabu, 30 Jun.

Tonton sneak-peak Loki dibawah:

Loki mengikuti kisah watak kegemaran peminat God of Mischief lakonan Tom Hiddleston yang ditangkap oleh Time Variance Authority, selepas melarikan diri dengan menggunakan Tesseract semasa peristiwa Avengers: Endgame. TVA, sebuah organisasi birokrasi yang wujud di luar ruang dan waktu, telah menangkapnya kerana dia telah melakukan kerosakan pada garis masa. 

Kini, dia terpaksa rela bekerja dengan TVA untuk memperbaiki realiti yang telah dirosakkannya atau berhadapan dengan penghapusan dari kewujudannya. 


Menyertai Hiddleston adalah pendatang baru MCU seperti Sophia Di Martino, Owen Wilson, Gugu Mbatha-Raw, Cailey Fleming, dan Richard E. Grant, Sasha Lane serta Wunmi Mosaku. Kate Herron menjadi pengarah dan penerbit eksekutif untuk siri Loki manakala lakon layar ditulis oleh Michael Waldron (Rick and Morty).

Episod pertama boleh di strim di Disney+ Hotstar, dengan episod terbaru akan tersedia setiap Rabu hingga 14 Julai.


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

5 Oppa K-Drama Menawan Untuk Diimpikan Pada Krismas Ini

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee