Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSiri TV

Video Set Penggambaran Titans Musim Kedua Dedahkan Kostum Terbaru Starfire

Aktres Anna Diop telah memuatnaik video perkongsian dilaman Instagram miliknya yang memaparkan klip belakang tabir set penggambaran Titans musim kedua. Dalam video tersebut, ia menunjukkan kostum terbaru karakter “Starfire” yang hampir menyerupai kostum yang dipakai karakter tersebut didalam versi komik.

Anda boleh tonton video tersebut dipemain video dibawah.

Musim kedua bakal menampilkan pelakon-pelakon baru seperti Joshua Orpin sebagai Conner Kent/Superboy, Esai Morales sebagai Deathstroke, Chella Man sebagai anak Deathstroke, Jericho Wilson, Chelsea T. Zhang sebagai anak perempuan Deathstroke, Rose Wilson (aka The Ravager), Iain Glen sebagai Bruce Wayne, Natlie Gumede sebagai Mercy Graves dan Drew Van Acker sebagai Aqualad.

https://www.instagram.com/p/B04KHa_AoLG/?utm_source=ig_web_copy_link

Titans mengisahkan sekumpulan adiwira muda dari DC Universe yang terdiri daripada Dick Grayson dan Rachel Roth. Mereka berdua turut disertai beberapa adiwira lain seperti Starfire dan Beast. Bersama-sama, mereka menjadi sebuah keluarga dan membentuk kumpulan adiwira.

Brenton Thwaites memainkan peranan utama sebagai Dick Grayson/Robin, Teagan Croft sebagai Raven, Anna Diop sebagai Koriand’r/Starfire, Alan Ritchson dan Minka Kelly sebagai Hawk dan Dove, manakala Bruno Bichir sebagai Dr. Niles Caulder, dan Lindsey Gort sebagai Police Detective Amy Rohrbach.

Siri televisyen Titans boleh didapati diplatform penstriman video DC Universe mulai 6 September ini.

Related posts

Penerbit Tolak Mana-Mana Pelakon Muda Untuk Bawa Watak James Bond Seterusnya

Kakimuvee

[VIDEO] Teaser “Berlin” Memperkenalkan 5 Watak Utama

Kakimuvee

Universal Bangunkan Filem Terbaru “American Pie”

Kakimuvee

Trailer Rasmi “Black Panther 2” Memperlihatkan Ancaman Yang Dihadapi Wakanda

Kakimuvee

Christian Bale Intai Peluang Sertai Francais Star Wars

Kakimuvee

REMP-IT 2 Bakal Mencetuskan Fenomena Selepas 16 Tahun

Kakimuvee

Leave a Comment