Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Video

Video Set Penggambaran “The Falcon and The Winter Soldier” Paparkan U.S. Agent Menentang Musuh Yang Tidak Diketahui

Penggambaran siri Marvel Disney+, The Falcon and The Winter Soldier telahpun bersambung semula di Atlanta, Georgia.

Sebuah video dari set penggambaran telah tersebar di media sosial. Video tersebut memaparkan John Walker / U.S. Agent lakonan Wyatt Russell sedang bertarung dengan musuh yang tidak diketahui, sambil menggunakan perisai Captain America. Anda boleh saksikan video tersebut dibawah. 


The Falcon and the Winter Soldier dibintangi Anthony Mackie, Sebastian Stan, Daniel Bruhl, dan Emily VanCamp yang kembali memainkan peranan masing-masing iaitu sebagai Falcon/Captain America, Bucky/The Winter Soldier, Helmut Zemo, dan Agent 13. Selain itu juga, ia bakal memperkenalkan beberapa watak terbaru termasuklah U.S Agent lakonan Wyatt Russell.

Setakat ini, plot The Falcon and The Winter Soldier masih lagi tidak didedahkan, tetapi berkemungkinan besar akan memaparkan konflik diantara Captain America yang baru, iaitu Sam Wilson aka Falcon dan U.S. Agent yang diangkat sebagai Captain America oleh kerajaan US.

The Falcon and The Winter Soldier akan bersiaran sebanyak 6 episod.

 

Related posts

[VIDEO] Daredevil Melompat Ke Dalam Aksi Dalam TV Spot Terbaru SHE-HULK: ATTORNEY AT LAW

Kakimuvee

Mark Hamill Sebagai Mervyn Pumpkinhead Dalam Klip Terbaru THE SANDMAN

Kakimuvee

Remake Forest Gump: Lihat Bagaimana Filem Hindi ‘Laal Singh Chaddha’ Dibandingkan Dengan Filem Asal Tom Hanks.

Kakimuvee

[VIDEO] “Tantari” Filem Aksi Pendek Tempatan Yang Mengambil ‘Vibe’ “Enam Jahanam”

Kakimuvee

Klip Resident Evil Papar Albert Wesker Cuba Lindungi Anaknya

Kakimuvee

Amazon Studios Dedah Teaser Terbaru “The Lord of the Rings: The Rings of Power”

Kakimuvee

Leave a Comment