Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TVVideo

Video Set Penggambaran THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER Paparkan Aksi U.S. Agent


Penggambaran siri The Falcon and the Winter Soldier masih lagi berterusan, dan kini sebuah video belakang tabir telah didedahkan di laman Twitter (via Comic Book Movie). Video tersebut memaparkan sesi rakaman adegan aksi yang melibatkan karakter lakonan Wyatt Russell, U.S. Agent dan Winter Soldier (Sebastian Stan). Anda boleh saksikan video tersebut dibawah.

Siri yang akan ditayangkan di Disney+ ini dibintangi Anthony Mackie, Sebastian Stan, Daniel Bruhl, dan Emily VanCamp yang kembali memainkan peranan masing-masing iaitu sebagai Falcon/Captain America, Bucky/The Winter Soldier, Helmut Zemo, dan Agent 13. Selain itu juga, ia bakal memperkenalkan beberapa watak terbaru termasuklah U.S Agent lakonan Wyatt Russell.

Setakat ini, plot The Falcon and The Winter Soldier masih lagi tidak didedahkan, tetapi berkemungkinan besar akan memaparkan konflik diantara Captain America yang baru, iaitu Sam Wilson aka Falcon dan U.S. Agent yang diangkat sebagai Captain America oleh kerajaan US.

The Falcon and The Winter Soldier akan bersiaran sebanyak 6 episod dan akan mula disiarkan pada Ogos ini.


Related posts

Alien: Romulus Menjadi Tajuk Rasmi Untuk Filem Alien Terbaru Arahan Fede Álvarez

Kakimuvee

Teaser MOANA 2 Dedahkan Tarikh Tayangan Sekuel Terbaru Disney

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Pixar Sedang Membangunkan Projek Terbaru ‘CARS’

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee