Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

[VIDEO] Sejarah Baru Akan Tercipta Dalam Teaser “Taejong Yi Bang Won”


KBS telah mendedahkan teaser menarik drama epik saguek terbaru mereka bertajuk Taejong Yi Bang Won.

Teaser tersebut, yang anda boleh lihat dibawah, dimulakan dengan jeneral Yi Seong Gye (Kim Young Chul) yang mempamerkan daya tarikannya yang berkarisma sambil melontarkan arahan. Yi Bang Won, yang kemudiannya menjadi Raja Taejong, mengisytiharkan, “Jika kamu merancang pemberontakan, ayah, saya dengan senang hati akan menyertainya. Saya sanggup menjadi pengkhianat.”

Yi Bang Won, bapanya, dan seluruh ahli keluarganya melalui pelbagai ujian dan kesusahan ketika mereka cuba mencipta sejarah baharu. Satu suara berdesis keras, “Tangkap seluruh keluarga Yi Seong Gye.” Kapsyen itu berbunyi, “Mereka mesti bertahan,” membayangkan keluarga Yi akan mengalami bahaya yang tidak dapat dibayangkan.

Pada penghujung teaser, isteri Yi Bang Won (Park Jin Hee) yang setia menunjukkan ketabahannya, berkata, “Kita semua akan selamat. Semua orang akan bertemu semula dalam keadaan sihat. Saya percaya ia akan berlaku.”

Sageuk baharu KBS, Taejong Yi Bang Won, akan menggambarkan peristiwa yang membawa kepada kejatuhan Dinasti Goryeo dan penubuhan Dinasti Joseon. Raja Taejong, yang nama kelahirannya ialah Yi Bang Won, membantu bapanya menggulingkan Dinasti Goryeo dan menubuhkan Dinasti Joseon.


Drama Korea terbaru ini akan keudara pada 11 Disember 2021. 


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee