Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Video Review: Wonder Woman 1984 (2020)

Selepas lama menyepi, akhirnya Kakimuvee kembali membuat ulasan filem dalam bentuk video. Untuk kali ini, kami menyampaikan review filem terbaru Warner Bros. Wonder Woman 1984. Filem adiwira ini boleh ditonton di beberapa pawagam terpilih tanah air dan ditayangkan di platform streaming HBO Max. Anda boleh mendengar pendapat Kakimuvee mengenai filem terbaru Wonder Woman 1984 dibawah:

Melangkah pantas ke tahun 1980-an dalam pengembaraan Wonder Woman seterusnya, dia mendapati dirinya berhadapan dengan dua musuh baru, iaitu Max Lord dan Cheetah. Patty Jenkins kembali ke kerusi pengarahan, bersama-sama Gal Gadot yang memainkan watak utama sebagai Diana Prince aka Wonder Woman.

Turut membintangi filem ini adalah Chris Pine yang meneruskan wataknya sebagai Steve Trevor; Kriten Wiig sebagai The Cheetah, Pedro Pascal sebagai Max Lord, Robin Wright sebagai Antiope dan Connie Nielsen sebagai Hippolyta.

Charles Roven, Deborah Snyder, Zack Snyder, Patty Jenkins, Gal Gadot dan Stephen Jones bertindak sebagai penerbit, manakala Patty Jenkins mengarahkan filem ini berdasarkan lakonlayar yang ditulis oleh Geoff John dan David Callaham.

Rating Kakimuvee

4.5/5

Related posts

Review Filem: The White Tiger (2021)

Kakimuvee

Review Filem: 10 Tips Tipu Bini (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Time To Hunt (2020)

Kakimuvee

Review Filem: Devil (2010)

Kakimuvee

Video Review: The Rescue (2020)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Pawn (2020)

Kakimuvee