Review

Video Review: Filem Jailbreak (2017)

Views

Jailbreak mengisahkan tentang empat pegawai polis memindahkan seorang penjenayah yang dikenali sebagai Playboy ke sebuah penjara untuk perbicaraan atas pembabitannya dalam satu organisasi jenayah terancang. Ketua kumpulan organisasi tersebut kemudian telah mengarahkan salah seorang banduan dalam penjara itu untuk membunuh Playboy.

Rusuhan telah tercetus di dalam penjara dan ini menyebabkan kesemua mereka terperangkap. Mereka perlu berdepan dengan ratusan banduan yang mahu membunuh mereka dan pada masa yang sama mereka perlu menyelamatkan nyawa Playboy.

Diarahkan oleh pengarah berasal dari Itali yang berpengkalan di Kemboja, Jimmy Handerson (“Hanuman”), Jailbreak dibintangi oleh pelakon lagak ngeri Perancis-Kemboja, Jean Paul-Ly (“Marvel’s Doctor Strange”), atlet Bokator Dara Our, atlet MMA Tharoth Sam, aktres Perancis-Vietnam Celine Tran, dan pelakon kemboja Savin Phillip dan Putera Kemboja Sisowath Siriwudd.

Tinggalkan Balasan

shares