Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia Video

Video Rendering 3D ini Menjelaskan Finale ‘Tenet’ Yang Membingungkan.

Christoper Nolan sememangnya terkenal dengan filem-filem yang kompleks dan ilmiah, dan terbaru, filem Tenet sekali lagi berjaya membuatkan penonton mengaru kepala, memikirkan konsep dan penceritannya. 

Banyak bahagian dalam filem Tenet telah memeningkan penonton, terutamanya sekali babak finale. Babak di penghujung filem itu memaparkan watak utama berada di beberapa titik yang berbeza dalam aksi yang sama, cukup untuk membuat penonton mengaru ‘kepala otak’. 

Mujur, sebuah video rendering 3D yang dihasilkan oleh pengguna YouTube Welby CoffeeSpill boleh membantu kita untuk memahami finale Tenet. Dalam video tersebut, ia menunjukkan pergerakan Neil dalam membantu The Protagonist mendapatkan  alat ‘algorithm’ dari tangan penjahat. Anda boleh saksikan video tersebut dibawah. 

Tenet dibintangi John David Washington yang memainkan peranan utama disamping beberapa pelakon lain termasuklah Robert Pattinson (Good Time), Elizabeth Debicki (Widows), Dimple Kapadia (Fugly), Aaron Taylor-Johnson (Avengers: Age of Ultron), Michael Caine (The Dark Knight Rises) dan Kenneth Branagh (Dunkirk).

Anda boleh membaca ulasan TENET disini.

Related posts

5 REASONS WHY NEW SERIES LAW SCHOOL WILL MEET YOUR EXPECTATIONS

Zulaikha

New on Netflix: 12 – 18 April 2021

Zulaikha

“The Falcon and The Winter Soldier” Dedah Video Panjang Zemo Menari

Isqandar

5 REASONS TO WATCH KOREAN NOIR FILM NIGHT IN PARADISE

Zulaikha

7 QUESTIONS THE FINALE OF SISYPHUS WILL ANSWER

Zulaikha

8 Seram Jepun Yang Pernah Cetuskan Fenomena Suatu Ketika Dahulu

Zulaikha