Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaVideo

[VIDEO] Rakaman “The Mandalorian” Musim 3 Bocor Di Atas Talian

Trailer pertama The Mandalorian Musim 3 telah dipamerkan semasa sesi panel di Star Wars Celebration, begitu juga versi lanjutan yang turut dipaparkan di hadapan peminat semasa panel Mando+ di Anaheim, California baru-baru ini.

Bagaimanapun, versi rasmi masih belum dilancarkan, tetapi anda boleh melihat rakaman yang bocor yang dikongsikan peminat di laman Twitter. 


Banyak rakaman telah diturunkan (kerana pelanggaran hakcipta), namun peminat masih boleh melihat beberapa rakaman lain yang memberikan gambaran pertama musim akan datang, terutamanya kepulangan semula Bo-Katan Kryze lakonan Katee Sackhoff dan juga pahlawan Mandalore yang lain. 

Selain tu juga, kelihatan Star Destroyer – yang memberi ‘hint’ tentang bagaimana Empire bangkit menjadi The First Order – serta beberapa makhluk baharu yang sama spesis dengan Babu Frik dari The Rise of Skywalker. 

The Mandalorian Musim 3 kini sedang dalam pasca-produksi, dan rakaman yang bocor ini pastinya membangkitkan keterujaan peminat Star Wars yang tidak sabar untuk menyaksikan siri popular itu. 

Musim terbaru The Mandalorian akan tiba di Disney+ pada Februari 2023. 

Related posts

Watak Emilia Clarke Dalam MCU Mungkin Didedahkan

Kakimuvee

Loki & Sylvie Kembali Bersatu Di Set Penggamabaran LOKI Musim 2

Kakimuvee

“One Piece Film: Red” Tunjuk Prestasi Baik Di Box Office Jepun

Zulaikha

Sekuel “District 9” Masih Diteruskan, Mungkin Akan Jalan Penggambaran Tidak Lama Lagi

Kakimuvee

Senyuman Pembawa Maut Dalam Trailer SMILE, Akan Tayang Di Malaysia September Ini

Kakimuvee

Chad Stahelski Mahu Filem “Ghost of Tsushima” Dibuat Dalam Bahasa Jepun

Kakimuvee

Leave a Comment