Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Video

[VIDEO] Rakaman Pertama “Jurassic World: Dominion” Bawa Penonton Ke Zaman Dinosaur

Universal Pictures dan Amblin Entertainment telah mendedahkan teaser pertama filem Jurassic World: Dominion arahan Colin Trevorrow. Teaser tersebut merupakan petikan dari pratonton khas berdurasi 5 minit yang akan disiarkan secara eksklusif di tayangan IMAX filem F9, mulai hari Jumaat ini, 25 Jun.

Dalam video dibawah, penonton dibawa ke zaman kewujudkan dinosaur, iaitu sekitar 65 juta tahun yang lalu, melihat sejumlah dinosaur yang belum pernah ditampilkan dalam francais Jurassic. 

Jurassic World: Dominion dipimpin bintang Jurassic World Chris Pratt, Bryce Dallas Howard, Jake Johnson, Omar Sy Daniella Pineda, Justice Smith, dan BD Wong. Filem ini juga menampilkan beberapa bintang dari filem asal Jurassic Park seperti Laura Dern, Sam Neill, Jeff Goldblum, dan Campbell Scott. Beberapa karakter baru turut diperkenalkan dan akan dilakonkan oleh Mamoudou Athie, DeWanda Wise, Dichen Lachman, Scott Haze, dan Isabella Sermon.

Colin Trevorrow kembali sebagai pengarah dan turut menulis lakonlayar bersama Emily Carmichael, berdasarkan cerita yang dirangka oleh Derek Conolly dan Trevorrow. Penerbit Eksekutif adalah Steven Spielberg bersama Alexandra Derbyshire dan Trevorrow.

Jurassic World: Dominion akan ditayangkan pada Jun 2022.

Related posts

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Leave a Comment