Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Video

[VIDEO] Prolog ‘Jurassic World Dominion’ Membawa Peminat Kembali 65 Juta Tahun Yang Lalu

Universal telah mengeluarkan video prolog Jurassic World Dominion selama lima minit berserta poster terbaru. Video prolog tersebut membawa penonton kembali ke 65 juta tahun ke masa lalu untuk merasai pengalaman dimana manusia masih belum wujud di dunia.

Anda boleh tonton video tersebut dibawah:

Jurassic World: Dominion dibintangi Chris Pratt, Bryce Dallas Howard, Jake Johnson, Omar Sy Daniella Pineda, Justice Smith, dan BD Wong. Filem terbaru ini juga bakal menampilkan beberapa bintang dari filem asal Jurassic Park seperti Laura Dern, Sam Neill, Jeff Goldblum, dan Campbell Scott. Beberapa karakter baru turut diperkenalkan dan akan dilakonkan oleh Mamoudou Athie, DeWanda Wise, Dichen Lachman, Scott Haze, dan Isabella Sermon.

Colin Trevorrow kembali sebagai pengarah dan turut menulis lakonlayar bersama Emily Carmichael, berdasarkan cerita yang dirangka oleh Derek Conolly dan Trevorrow. Penerbit Eksekutif adalah Steven Spielberg bersama Alexandra Derbyshire dan Trevorrow.

Jurassic World: Dominion akan ditayangkan pada 10 Jun 2022.

Related posts

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Keanu Reeves Tidak Mahu Neo & John Wick Dijadikan Karakter Dalam Permainan Video Mortal Kombat

Kakimuvee

Leave a Comment