Official Trailer

Video Post Credit Filem Logan Didedahkan, Deadpool Dan Thor Dalam Babak Tersebut?

Views
Deadpool dalam Post Credit filem Logan?

Filem superhero yang paling ditunggu-tunggu, Logan sudah pun ditayangkan di seluruh negara hari ini. Ramai peminat membanjiri pawagam untuk melihat aksi terakhir Hugh Jackman sebagai Wolverine, karakter Superhero paling ikonik setakat ini.

BACA REVIEW FILEM LOGAN DISINI

Ramai peminat berpuashati menonton filem ini yang penuh dengan aksi dan ada juga yang merasa sedih dengan penamat filem Logan ini. Seperti kebiasaan apabila menonton filem-filem X-Men, penonton tidak akan berganjak dari tempat duduk semata-mata mahu melihat babak post credit yang bakal ditunjukkan. Namun, ramai yang hampa kerana tiada langsung babak deleted scene ditunjukan.

Tetapi telah tersebar dilaman Youtube sebuah video yang dipercayai babak post credit filem Logan telah didedahkan. Babak tersebut menunjukan Deadpool sedang duduk sambil memakan popcorn seperti sedang menonton filem Logan dan kemudian Mjolnir kepunyaan Thor kelihatan seperti dibaling disebelahnya. Video berkenaan memberikan hint yang sangat promising buat peminat-peminat filem Marvel. Ia seolah-olah menggambarkan akan ada crossover diantara X-Men dan Avengers dalam filem superhero akan datang.

https://www.youtube.com/watch?v=rCj_6PJTlZc

Adakah benar akan ada crossover diantara X-Men dan Avengers berdasarkan deleted post-credit scene filem Logan ini? Jom kita tengok kebenarannya.

Adakah benar video tersebut deleted post credit filem Logan?

Jawapannya tidak. Video tersebut sebenarnya video fan-made yang dibuat oleh pengguna Youtube, Curly McLane yang mahu melihat crossover diantara X-Men dan Avengers dalam dunia cinematic. Seperti yang anda semua tahu, karakter-karater X-Men khususnya dan mutant amnya adalah hakmilik FOX manakala selebihnya, seperti Avengers dan Thor adalah hakmilik Marvel dan Sony dan setakat ini tiada agreement diantara kedua-dua studio besar untuk menghasilkan crossover yang diharapkan oleh peminat-peminat Marvel.

Crossover paling dinanti peminat, X-Men vs Avengers

Jadi, jika anda melihat post credit tersebut, ia adalah fan-made semata-mata, bukannya dari filem Logan kerana pengarahnya dan juga Studio sudah mengesahkan yang filem Logan tiada post-credit scene dan crossover diantara X-Men dan Avengers tidak akan berlaku dalam masa terdekat ini melainkan kedua-dua studio berkenaan berkerjasama menghasilkan filem crossover diantara dua kumpulan karakter Marvel itu.

Apapun, diharap video fan-made itu dapat membuka hati studio FOX dan Marvel dapat berkerjasama dan berikan apa yang diharapkan oleh peminat Marvel, melihat kedua-dua kumpulan superhero komik disatukan dalam filem sepertimana yang ditunjukkan dalam komik-komik Marvel.

So, kepada peminat Marvel adakah korang harapkan yang Marvel dan FOX dapat bekerjasama dan hasilkan filem superhero paling gempak? Jika ya berikan pandangan korang.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks