Aktor Spider-Man, Tom Holland telah berkongsi sebuah video diset penggambaran filem Spider-Man: Far From Home. Apa yang menarik dalam video tersebut, ia menguatkan lagi spekulasi bahawa villain Hydro-Man akan menjadi musuh terbaru dalam filem sekuel itu nanti.
Dalam video perkongsian tersebut, Tom Holland sedang bergurau mengenai aksi lagak ngeri yang dilakukannya sendiri sambil berlatarbelakangkan ‘stunt-double’ untuk karakter Peter Parker. Pada penghujung video tersebut ia menunjukkan sejumlah besar percikkan air mengenai ‘stunt-double’ tersebut.
Video tersebut seolah-olah memberi petunjuk tentang penjahat yang bakal ditentang oleh Spider-Man.
Hydro-Man atau alter egonya Morris Bench merupakan salah seorang musuh Spider-Man. Ia muncul buat pertama kalinya dalam komik The Amazing Spider-Man #212 pada Januari 1981. Asal usul kemunculan Hydro-Man bermula apabila Spider-Man secara tidak sengaja menyebabkan kemalangan kepada Morris Bench. Ketika itu, Spider-Man baru sahaja selesai berlawan dengan Namor.
Insiden tersebut menyebabkan Bench terjatuh ke dalam laut yang ketika itu sebuah ekpserimen sedang dijalankan. Bench telah terdedah kepada radiasi dan menyebabkan dia memiliki abiliti untuk memanipulasi air. Selepas insiden tersebut, Bench mula menjadi Hydro-Man dan menyalahkan Spider-Man diatas apa yang menimpa pada dirinya.
Spider-Man: Far From Home akan ditayangkan 5 Julai 2019.
This new SPIDER-MAN: FAR FROM HOME set video shared by @TomHolland1996 shows a giant wave of water hitting a Peter Parker stunt double! pic.twitter.com/SJPANbKedr
— MCU News & Tweets (@MCU_Tweets) August 14, 2018