Tahukah anda, filem Star Wars yang kita lihat di DVD mahupun rancangan televisyen adalah filem yang telah di editĀ semula dari filem asal? Ketiga – tiga filem asal Star Wars tersebut telah mengalami proses olahan semula dan di edit seiring dengan perkembangan masa dan juga kehendak pihak produksi yang mahu mengeluarkan filem tersebut dalam bentuk VHS, DVD dan Blu-ray.
Sebagai contoh, video yang ingin kami tunjukkan adalah video perbandingan filem Star Wars Episode V: The Empire Strike BackĀ versi asal dan versi yang terbaru iaitu keluaran tahun 2011.
Sebanyak 3 kali proses editing dilakukan terhadap filem Star Wars Episode 4 ini iaitu pada tahun 1997, 2004 dan 2011. Proses editing dilakukan denganĀ meningkatkan mutu audio, penambahan kesan – kesan khas dan CGI, penambahan babak, meningkatkan mutu latar belakang filem dan banyak lagi.
Bagaimana pun, proses naik taraf ini tidak menganggu penjalanan filem tersebut. Selain daripada filemĀ Star Wars Episode V: The Empire Strike Back,Ā dua filem trilogy Star Wars yang lain iaitu trilogy A New Hope (1977)Ā danĀ Return of the Jedi (1983)Ā turut dinaiktaraf oleh pihak produksi, tetapi filemĀ The Empire Strike BackĀ adalah filem yang paling sedikit menerima proses olahan semula.