Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

[Video] Penunggang Agama 2 Akan Ditayangkan Di Astro First 19 Oktober Ini

Siapa sangka, filem yang telah ditayangkan pada Mac tahun ini akan kembali dengan sekuelnya pada tahun yang sama.

Filem seram ngeri Penunggang Agama arahan Syafiq Yusof telah membuat debut di Astro First pada 25 Mac yang lalu dan telah segera menjadi hit dikalangan penonton dengan kutipan RM 2 juta dalam tempoh dua minggu tayangannya.

Populariti yang dicapai filem tersebut telah mendorong penghasilan sekuel, Penunggang Agama 2, yang akan ditayangkan pada 19 Oktober ini, juga di platform Astro First.

Butiran plot dan barisan pelakon untuk ansuran kali ini masih belum diketahui, tetapi berdasarkan semakan akaun media sosial Instagram Zul Ariffin, pelakon itu akan kembali meneruskan peranannya sebagai Amir. 

 

Sementara itu, Astro First telah melancarkan teaser untuk Penunggang Agama 2, yang memaparkan Ustaz Amir berhadapan dengan satu lagi gangguan makhluk halus. Anda boleh teaser Penunggang Agama 2 di pemain video dibawah:

Diterbitkan Skop Productions dan Astro Shaw, filem pertama mengisahkan pasangan suami isteri yang menghadapi cabaran dalam menyelamatkan keluarga mereka daripada ancaman gangguan makhluk halus. Penunggang Agama diarahkan oleh Syafiq Yusof berdasarkan lakon layar yang ditulis oleh Nazri M. Annuar. 

Zul Ariffin memainkan peranan utama sebagai Amir dan dia disertai Nasir Bilal Khan, Sabrina Ali, Azira Shafinaz dan ramai lagi.

BACA ULASAN PENUNGGANG AGAMA DISINI

Related posts

Teaser Rasmi EJEN ALI MUSIM 3 Telah Dilancarkan, Akan Datang Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar Mulai 2022!

Kakimuvee

Zul Ariffin Sudah Berubah Dalam Trailer Rasmi Penunggang Agama 2

Kakimuvee

Telefilem Cinta Ramadan & Drama Sekuel Danny Angkat Tema Cinta Tulus Penuh Keinsafan Mulai 8 Oktober Ini

Kakimuvee

Ada Hantu 2 Kini Sedang Dalam Pra-Produksi

Kakimuvee

Gandingan Fattah Amin & Diana Danielle Dalam Kisah Percintaan Fantasi Romantik GANJIL Oleh Viu

Kakimuvee

Gandingan Duo Ayah & Anak Kolaborasi Hebat Datuk Yusof Haslam & Shafiq Yusof Dalam “Gerak Khas Undercover”

Kakimuvee

Leave a Comment