Video Parodi Trailer Infinity War Anak Malaysia Dapat Perhatian Pengarah Russo Brothers

330
views

Video parodi trailer Avengers: Infinity War yang dihasilkan oleh Aiman Sany, seorang remaja dari Malaysia telah mendapat perhatian dari pengarah filem berkenaan, Anthony & Joe Russo.

Video yang dihasilkan oleh remaja tersebut telah ‘trending’ dilaman Twitter sejak ia dimuatnaik pada 17 Mac yang lalu. Ia bukan sahaja popular di Malaysia malah turut popular di seluruh dunia sehinggakan telah mendapat perkongsian 91 ribu.

Pengarah Avengers: Infinity War itu telah berkongsi video parodi tersebut dengan berseloroh berkata remaja tersebut boleh mengarahkan filem Avengers 5 ataupun tidak.

Selain itu juga, salah seorang pelakon Avengers: Infinity War Benedic Wong turut memberi respond kelakar terhadap video tersebut dengan memuatnaik gambarnya bersama pinggan kertas yang digunakan oleh remaja tersebut dalam video parodi mereka.

Aiman dan rakan-rakannya telah meniru kesemua babak dalam trailer pertama Avengers: Infinity War dengan cara yang cukup kreatif dan mencuit hati. Penonton yang melihat video tersebut rata-ratanya terhibur dengan video tersebut. Video tersebut pada asalnya dibuat untuk assignment mereka sebelum mereka memuatnaiknya ke laman Twitter.

Sebelum ini, banyak video-video parodi Avengers: Infinity War unesco offical telah dihasilkan dan antara yang popular adalah video yang dimuatnaik oleh pengguna Youtube  pada tahun lepas dimana ia telah ditonton sebanyak 490 ribu kali.

Bagi yang belum melihat video parodi Avengers: Infinity War yang dihasilkan oleh Aiman, mari kita lihat video tersebut dipemain video dibawah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here