Video

[VIDEO] Pandangan Pertama Robert Pattinson Sebagai Batman Didedahkan!

Views

Akhirnya, pandangan pertama Robert Pattinson dalam sut Batman telah didedahkan! Menerusi perkongsian di laman Vimeo, pengarah Matt Reeves telah kongsikan video ujian rakaman Pattinson sebagai Batman. Anda boleh saksikan video terssebut dibawah.

The Batman dibarisi pelakon seperti Robert Pattinson yang memainkan peranan utama sebagai sebagai Bruce Wayne / Batman. Dia akan turut disertai Zoe Kravitz sebagai Selina Klye / Catwoman, Paul Dano sebagai The Riddler, Andy Serkis sebagai Alfred Pennyworth, John Turturro sebagai Carmine Falcone dan bintang Westworld, Jeffrey Wright sebagai Commissioner Gordon dan Collin Farrell sebagai Oswald Cobblepot, aka The Penguin.  Peter Sarsgaard dan Jayme Lawson turut membintangi filem ini, sebagai Gotham D.A. Gil Colson dan Bella Reál

The Batman diarahkan Matt Reeves berdasarkan skrip yang ditulisnya bersama Mattson Tomlin. Penggambaran kini sedang dijalankan dan akan menemui penonton pada 25 Jun 2021.

Tinggalkan Balasan

shares