Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

VIDEO: Oscar Isaac Gigih Berlatih Untuk Watak “Moon Knight”

Produksi siri terbaru Disney+ “Moon Knight” masih belum bermula, tetapi bintang utamanya, Oscar Isaac nampak sedang giat melakukan persiapan sebelum memasuki set penggambaran. 

Menerusi video yang dikongsikan syarikat produksinya, Mad Gene Media, Isaac kini sedang menjalani latihan seni mempertahankan diri untuk peranan yang tidak diketahui. Dalam video tersebut, Isaac dengan mudah menjatuhkan lelaki bersenjata dan membelasah lawannya. 

Jika dilihat pada gaya pertempuran, ia mungkin untuk watak Merc Spector a.k.a Moon Knight, tetapi mungkin juga untuk satu lagi watak aksi yang bakal dilakonnya iaitu Solid Snake untuk filem “Metal Gear Solid“. Walauapapun tujuan latihan tersebut, jelas sekali Isaac bersedia untuk memikul tanggungjawab berat sebagai pelakon utama. 

Siri terbaru Marvel Disney+ ini ditulis dan dibangunkan pencipta siri televisyen “The Umbrella Academy”Jeremy Slater. Kesemua episod akan diarahkan oleh pembikin filem dari Mesir, Mohamed Diab, dengan Gregory Middleton (Final Girl, Watchmen, Game of Thrones) dan Stefania Cella (Morbius) masing-masing sebagai sinematografer dan perekabentuk produksi.

Karakter Moon Knight dicipta Doug Moench dan Don Perlin pada tahun 1975 menerusi komik “Werewolf by Night” #32. Moon Knigth merupakan alter ego Marc Spector, seorang peninju dan bekas askar marine Amerika Syarikat, yang mencipta beberapa identiti seperti pemandu teksi bernama Jake Lockley dan jutawan playboy bernama Steven Grant, dalam usahanya membanteras jenayah. 

Abiliti Spector sebelum ini bergantung pada kitaran bulan dimana ia membantu meningkatkan kekuatan, kepantasan dan ketahanannya. Bagaimanapun, versi terbaru karakternya mirip seperti karakter komik DC, Batman dimana dia bergantung pada teknologi dan kepakarannya dalam seni mempertahankan diri, serta kemahirannya sebagai detektif.

Related posts

Final Frontiers: Exploring Unchartered Territories With BBC Earth

Kakimuvee

[VIDEO] Musim Ketiga Doom Patrol Season 3 Akan Ditayangkan Pada 23 September Eksklusif Di HBO GO

Kakimuvee

Krysten Ritter Sertai Elizabeth Olsen Dalam Minisiri “Love and Death”

Kakimuvee

Adakah Anda Bersedia Untuk Berjumpa Dengan Jiran Baru Anda? ‘You’ Musim Ketiga Akan Kembali Ke Netflix 15 Oktober Ini

Kakimuvee

The Walking Dead premieres final season today exclusively on Disney+ Hotstar

Kakimuvee

Malaysian Kids Discover Outer Space in ‘Elliott from Earth’ – Now on HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment