Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Asia

[VIDEO] Netflix Umum Tarikh Tayangan Episod Istimewa “Kingdom: Ashin of the North”


Netflix telah melancarkan video pengumuman episod istimewa Kingdom: Ashin of the North, yang memberi rakaman pertama kepada penonton berserta tarikh tayangannya iaitu pada 23 Julai ini. Anda boleh video tersebut dibawah. 

Sebagai lanjutan dari Kingdom musim kedua, Kingdom: Ashin of the North akan mengungkap asal usul ‘resurrection plant’ dan misteri di sebalik identiti Ashin. Kehadiran karakter lakonan Jun Ji Hyun pada penghujung musim kedua telah menjadi topik hangat dikalangan peminat, dan latarbelakangnya yang penuh misteri itu akhirnya akan didedahkan dalam episod akan datang. 

Park Byung Eun, yang meninggalkan kesan yang cukup kuat sebagai ketua Royal Commandery Min Chi Rok dalam Kingdom musim kedua, juga akan tampil dalam episod istimewa.

Episod istimewa dikendalikan oleh pengarah Kim Sung Hoon, yang bertanggungjawab dalam produksi umum pada musim pertama dan kedua. Penulis skrip Kim Eun Hee, yang menulis dua musim pertama Kingdom, juga terlibat dalam penulisan episod khas ini. Kingdom: Ashin of the North diterbitkan bersama oleh BA Entertainment dan Studio Dragon.

Teaser dibuka dengan musik yang menyeramkan, dan memberi sekilas pandang karakter Ashin sewaktu muda dalam gua yang gelap. Jari-jemarinya menyentuh tulisan aneh yang tertulis diatas batu dan pandangan tajamnya yang cukup bermisteri. Dia memegang bunga berwarna ungu, yang merupakan tumbuhan kebangkitan dan menuju penghujung klip, dia menggenggam kuat tumbuhan itu.


Kapsyen menyebut ” Untuk menghidupkan orang mati, harga mesti dibayar”. Episod khas akan mengungkap bagaimana wabak bermula dan bagaimana tanaman kebangkitan yang tumbuh di wilayah utara melanda Joseon ke dalam kegelapan.

Kingdom: Ashin of the North akan dilancarkan pada 23 Julai ini, eksklusif di Netflix.


Related posts

Pandangan Pertama Filem Aksi Komedi BACK IN ACTION Lakonan Jamie Foxx & Cameron Diaz

Kakimuvee

Drama Bersiri Max Original DUNE: PROPHECY Akan Membuat Debut Pada Musim Luruh Ini

Kakimuvee

Netflix Umum Musim Dua 3 BODY PROBLEM

Kakimuvee

Mega Minion Hadir Membantu Gru Dalam Trailer Terbaru Despicable Me 4′

Kakimuvee

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee