Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSiri TV

[VIDEO] Netflix Lancar Teaser Terbaru “Strangers Things” Musim Keempat


Netflix akhirnya telah melancarkan teaser terbaru untuk musim keempat Stranger Things yang sangat dinantikan. Siri sci-fi kegemaran peminat itu dijadualkan kembali pada tahun 2022.Ā 

Video tersebut memberi kita rakaman pertama mengenai kepulangan wira Hawkins kegemaran ramai, termasuk Eleven dan Hopper, yang sekali lagi dijangka akan berada dalam situasi sukar. Video itu juga menggoda pasukan antara Max, Dustin, Lucas, Steve, Nancy, dan Robin serta kedatangan watak baru.

Tonton sneak peekĀ Stranger ThingsĀ Musim Keempat dipemain video dibawah.Ā 

Stranger Things ditetapkan pada tahun 1980-an di bandar fiksyen Hawkins, Indiana. Ketika seorang budak lelaki hilang, sebuah bandar kecil mengungkap misteri yang melibatkan eksperimen rahsia, kekuatan ghaib yang menakutkan, dan seorang gadis kecil yang pelik.

Siri ini dibintangi oleh Winona Ryder, David Harbour, Millie Bobby Brown, Finn Wolfhard, Noah Schnapp, Gaten Matarazzo, Caleb McLaughlin, Natalia Dyer, Joe Keery, Charlie Heaton, Sadie Sink, Maya Hawke, Priah Ferguson, Cara Buono, dan Brett Gelman.


Musim Keempat juga akan memperkenalkan beberapa watak baru termasuklah Robert Englund sebagai Victor Creel, Jamie Campbell Bower sebagai Peter Ballard, Eduardo Franco sebagai Argyle, Joseph Quinn sebagai Eddie Munson, Sherman Augustus sebagai Leftenan Kolonel Sullivan, Mason Dye sebagai Jason Carver, Nikola Djuricko sebagai Yuri, Tom Wlaschiha sebagai Dmitri, Myles Truitt sebagai Patrick, Regina Ting Chen sebagai Ms. Kelly, dan Grace Van Dien sebagai Chrissy. Bintang Anne with an E Amybeth McNulty akan memainkan peranan penting sebagai Vickie.

Stranger ThingsĀ dicipta dan diterbitkan oleh Matt dan Ross Duffer, yang turut berkhidmat sebagai Showrunners. Penerbit Eksekutif terdiri daripada Shawn Levy, Dan Cohen, dan Iain Patterson.

Musim pertama hingga ketiga boleh distrim secara eksklusife di Netflix.


Related posts

Pandangan Pertama Filem Aksi Komedi BACK IN ACTION Lakonan Jamie Foxx & Cameron Diaz

Kakimuvee

Drama Bersiri Max Original DUNE: PROPHECY Akan Membuat Debut Pada Musim Luruh Ini

Kakimuvee

Netflix Umum Musim Dua 3 BODY PROBLEM

Kakimuvee

Mega Minion Hadir Membantu Gru Dalam Trailer Terbaru Despicable Me 4′

Kakimuvee

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee