Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
TriviaVideo

[VIDEO] Nama Thanos Disebut Dalam ‘Deleted Scene’ Eternals


Filem terbaru Marvel Cinematic Universe Eternals bersedia untuk ditayangkan di Disney+ Hotstar mulai 12 Januari 2022.

Sempena tayangannya di platform streaming itu, Marvel Studios telah mendedahkan beberapa video babak yang dipotong dari filem tersebut, yang memaparkan perbualan diantara watak lakonan Kit Harington dan Lia McHugh serta pengorbanan pahlawan Bumi dalam menentang Thanos.

Dalam video “Official ‘Thanos’ Deleted Scene’, Sprite (Lia McHugh) mempersoalkan mengapa Makkari (Lauren Ridloff) percaya manusia layak diselamatkan. Makkari membalas dengan merujuk peristiwa Avengers: Endgame, di mana manusia bersatu untuk menghentikan Thanos. 

Sementara dalam satu lagi video, Sprite menceritakan serba sedikit sejarah ‘Thena’ kepada Dane Whitman (Kit Harington) ketika mereka melihat patung sejarah ‘Athena’. Anda boleh lihat kesemua video ‘deleted scene’ Eternals dibawah: 

Berdasarkan komik Marvel dengan nama sama karya Jack Kirby, Eternals menyambut pasukan superhero baru yang menarik ke Marvel Cinematic Universe. Kisah epik, sepanjang ribuan tahun, menampilkan sekumpulan pahlawan abadi yang dipaksa keluar dari bayang-bayang mereka sendiri untuk kembali bersatu dan menentang musuh tertua umat manusia, The Deviants. 


Eternals menampilkan barisan pelakon bintang seperti Richard Madden sebagai Ikaris, Gemma Chan sebagai Sersi, Kumail Nanjiani sebagai Kingo, Lauren Ridloff sebagai Makkari, Brian Tyree Henry sebagai Phastos, Salma Hayek sebagai Ajak, Lia McHugh sebagai Sprite, Don Lee sebagai Gilgamesh, Barry Keoghan sebagai Druig, Angelina Jolie sebagai Thena dan Kit Harington sebagai Dane Whitman. 

Pemenang Oscar Chloe Zhao mengarahkan filem ini dan turut menulis lakon layar bersama Matthew k. Firpo dan Ryan Firpo. Presiden Marvel Studios, Kevin Feige berperanan sebagai penerbit.


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Rancangan Menarik Ini Memberikan Inspirasi Untuk Meraikan Hari Raya Dengan Penuh Bergaya

Kakimuvee

Anime Sci-Fi Ikonik Jepun “MACROSS” Akan Tiba Di Disney+ Hotstar Pada Tahun Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee