Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSiri TV

[VIDEO] Musim Ketiga Doom Patrol Season 3 Akan Ditayangkan Pada 23 September Eksklusif Di HBO GO


Kumpulan hero paling pelik DC akan kembali menyelamatkan dunia apabila siri Doom Patrol kembali untuk musim ketiga. Tiga episod pertama Musim 3 akan dilancarkan serentak bersama dengan A.S. secara eksklusif di HBO GO pada hari Khamis, 23 September, dengan episod baru akan ditayangkan setiap hari Khamis. 

Doom Patrol menggambarkan semula salah satu kumpulan Super Heroes DC yang paling disayangi: Robotman aka Cliff Steele (Brendan Fraser), Negative Man aka Larry Trainor (Matt Bomer), Elasti-Woman aka Rita Farr (April Bowlby), Crazy Jane (Diane Guerrero) dan Cyborg aka Victor Stone (Joivan Wade), semuanya dipimpin oleh saintis gila Niles Caulder aka The Chief (Timothy Dalton).

Setiap anggota Doom Patrol mengalami kemalangan mengerikan yang memberi mereka kemampuan super, tetapi juga memberikan parut dan kecacatan kepada mereka. Sebahagian kumpulan sokongan, sebahagian pasukan Super Hero, Doom Patrol adalah sekumpulan orang-orang aneh yang memiliki kehebatan luarbiasa yang berjuang untuk dunia yang tidak mahu ada hubungannya dengan mereka.

Musim ketiga dibuka pada puncak konfrontasi Dorothy (Abi Monterey) dengan Candlemaker yang membawa kepada kerugian yang dahsyat. Doom Patrol berada dalam keadaan yang sukar dan setiap anggota berjuang untuk menghadapi siapa mereka dan siapa yang mereka mahukan. Dan, keadaan menjadi lebih rumit apabila Madame Rouge (Michelle Gomez) tiba dengan misi yang sangat spesifik, seandainya dia dapat mengingatinya.

Ikuti dua musim awal Doom Patrol dengan menontonya atau memuat turun semua episod di HBO GO.



Related posts

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee

THE EXORCIST: BELIEVER Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 5 Oktober Ini

Kakimuvee

Siri Original HBO TRUE DETECTIVE: NIGHT COUNTRY Akan Membuat Debut 15 Januari

Kakimuvee