Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

[VIDEO] “Kutip RM12.2 Juta, Tapi “Mat Kilau” Masih Belum Untung” – Mawi Beri Penjelasan

Dalam tempoh 4 hari, filem terbaru Syamsul Yusof Mat Kilau telah berjaya mengutip lebih RM12 juta, satu jumlah kutipan yang cukup banyak. Dengan modal pembikinan hampir RM8 juta, sudah tentu ramai netizen beranggapan Mat Kilau sudah mencapai fasa keuntungan. 

Namun, bagi penerbit dan pengarah, Mawi, kutipan tersebut masih belum memberi keuntungan, apatah lagi pulangan modal kepada pihak penerbit dan pengeluar filem Mat Kilau, Studio Kembara, kerana beberapa faktor tertentu. 


Dalam perkongsian video di TikTok, Mawi menjelaskan beberapa sebab kenapa Mat Kilau belum mendapat keuntungan sedangan filem tersebut telah mengutip RM12 juta pada minggu pertama tayangannya. 

Kredit: TGV Cinemas

“Ramai juga yang cakap ‘wau! RM 12 juta, dah balik modal-lah ni. Modal filem Mat Kilau RM8 juta sahaja, jadi bila sudah kutip RM12 juta, bermaksud sudah balik modal. Oklah tu, cukuplah tu, RM8 juta [modal], kutip RM12 juta’. Mereka nampak sudah ada untung RM4 juta,” ujar Mawi dalam video terbarunya. 

“Benda ini ramai yang tidak tahu. Kalau kita kutip RM12 juta, bermaksud dengan modal RM8 juta dari penerbit, sebenarnya kita masih belum balik modal,” sambungnya lagi. 

Menurut penjelasan Mawi, sebab kenapa penerbit masih belum mendapat pulangan modal walaupun filem sudah menjangkau kutipan jutaan ringgit adalah kerana cukai hiburan yang dikenakan kerajaan dan perjanjian diantara penerbit dan pihak panggung wayang. 

“Apabila filem kita ditayangkan di pawagam, contohnya saya ambil kutipan RM1 juta, pertama sekali, kita kena bayar cukai hiburan sebanyak 25%. Jadi kalau kutipan RM1 juta, kena bayar cukai hiburan sebanyak 25% atau RM250,000.”

Baki RM750,00, contoh tayangan pada minggu pertama, perjanjian penerbit dengan pihak panggung wayang, pembahagian [keuntungan] adalah 50%-50%, bermaksud separuh dari baki kutipan. Dari baki tersebut, pihak panggung wayang dapat 50% dan pihak penerbit dapat 50% [dari baki keuntungan],”

Bagi filem Mat Kilau, ini bermaksud, 25% dari jumlah kutipan sebanyak RM12 juta, iaitu RM3 juta, akan dibayar kepada kerajaan sebagai cukai hiburan. Bakinya, sebanyak RM9 juta akan dibahagi diantara pihak penerbit dan panggung wayang, dimana pihak penerbit hanya menerima RM4.5 juta. 

Dalam erti kata lain, kutipan RM12 juta belum menjamin pulangan modal kepada pihak penerbit, dan mereka perlu mencari sekurang-kurangnya RM3.5 juta lagi untuk mendapat pulangan modal, atau mungkin lebih bagi menampung kos pemasaran sebelum mereka dapat mencatatkan keuntungan. 

Dalam video itu lagi, Mawi menyarankan orang ramai untuk terus menyokong filem Mat Kilau di pawagam agar filem tersebut dapat mencatatkan keuntungan.

@cahayaasmawi FILEM ‘MAT KILAU’ KUTIP RM12 JUTA TAPI BELUM ADA UNTUNG.MODAL PUN TAK BALIK LAGI WEEIIII !!! KITA KENA PASTIKAN SOKONGAN YANG BERTERUSAN DENGAN MENONTON ‘MAT KILAU’ DI PAWAGAM SEKARANG ! JOM JOM ! #MatKilau #FilemMalaysia #Fyp #Film #Filem #Malaysia ♬ original sound – cahayaasmawi

Filem epik sejarah tempatan ini turut dibintangi Wan Hanafi Su sebagai ayah Mat Kilau iaitu Tok Gajah, Beto Kusyairy (Wahid), Khir Rahman (Usup), Fattah Amin (Awang) dan Johan As’ari (Yassin).

Selain itu juga, ia turut menampilkan beberapa pelakon hebat seperti Datuk Rahim Razali, Namron, Shaharuddin Thamby, Ellie Suriaty, Farah Ahmad dan aktor aksi handalan Indonesia, Yayan Ruhian sebagai Toga.

Related posts

Marvel Studios Akan Mendapatkan Semula Hak Teater ‘Jade Giant’ Daripada Universal Menjelang 2023

Kakimuvee

Watak Emilia Clarke Dalam MCU Mungkin Didedahkan

Kakimuvee

Loki & Sylvie Kembali Bersatu Di Set Penggamabaran LOKI Musim 2

Kakimuvee

“One Piece Film: Red” Tunjuk Prestasi Baik Di Box Office Jepun

Zulaikha

Sekuel “District 9” Masih Diteruskan, Mungkin Akan Jalan Penggambaran Tidak Lama Lagi

Kakimuvee

Senyuman Pembawa Maut Dalam Trailer SMILE, Akan Tayang Di Malaysia September Ini

Kakimuvee

Leave a Comment