Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Video KLCC Runtuh Dalam Filem Independence Day: Resurgence


independence-day-2-resurgence-title-treatment

Cuba bayangkan makhluk asing menyerang bumiĀ satu hari nanti dan banyak bandar-bandar utama di dunia telah diserang dengan ganas dan kejam oleh makhluk asing yang tujuan kedatangannya hanya satu iaitu memusnahkan bumi. Pada masa itu, bukan saja Washington, London, Beijing malah bandaraya kita Kuala Lumpur turut diserang makhluk asing.

Malah pada masa itu, kita boleh melihat bagaimana bangunan KLCC, mercu tanda yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia jatuh menyembah bumi kesan dari serangan yang dilakukan oleh makhluk asing tersebut.

KLCC Independence Day 2

Itulah gambaran yang andaĀ boleh lihat nanti dalam filem terbaru Independence Day: Resurgence yang akan ditayangkan pada 24 Jun nanti. Dalam trailer berdurasi 2.40 minit itu, anda boleh melihat bangunan KLCC tumbangĀ setelah diserang makhluk asing (lihat pada masa 2.18-2.20 minit)

Independence Day: ResurgenceĀ merupakan sekuel kepada filem pertamaĀ Independence DayĀ yang ditayangkan pada tahun 1996. Filem terbaru ini mengisahkan penduduk bumi yang bersedia menghadapi serangan kedua makhluk asing setelah mereka diserang 20 tahun yang lalu.

Filem ini dibintangiĀ Liam Hemsworth, Jessie Usher, Maika Monroe, Sela Ward, Charlotte Gainsbourg dan William Fichtner manakala beberapa pelakon seperti Jeff Goldblum, Bill Pullman, Judd Hirsch, Vivica A. Fox dan Brent Spiner masih mengekalkan karakter asal mereka dalam filem pertama.


Jadi kepada peminat filem-filem sains fiksyen, jangan lupa untuk tonton filemĀ Independence Day: ResurgenceĀ pada 24 Jun 2016


Related posts

Pengarah Salahkan Will Smith Atas Kegagalan Sekuel Independence Day: Resurgence

Kakimuvee