Berita

[VIDEO] Keanu Reeves & Carrie-Anne Moss Beraksi Di Sebalik Pembikinan THE MATRIX 4

Views

Penggambaran filem The Matrix 4 kini sedang berlangsung di San Francisco, dan video terbaru dari set penggambaran telah mula tersebar di laman-laman Internet. Menerusi laman Twitter Vital Thrills, video tersebut memaparkan penggambaran adegan aksi diantara Neo (Keanu Reeves) dan Trinity (Carrie-Anne Moss). Anda boleh saksikan video tersebut dibawah.

The Matrix 4 menyaksikan kembalinya pelakon seperti Keanu Reeves, Carrie-Anne Moss, dan Jada Pinkett Smith yang meneruskan watak asal, serta beberapa pelakon baru francais The Matrix antaranya Jessica Henwick, Neil Patrick Harris, Toby Onwumere, dan Yahya Abdul-Mateen II yang dikhabarkan bakal membawa watak Morpheus sewaktu muda. Lambert Wilson juga dilaporkan bakal kembali sebagai penjahat, Merovingian.

Skrip filem ditulis oleh Lana Wachowski The Matrix 4 bersama-sama Aleksander hemon dan David Mitchell. Plot filem masih lagi tidak didedahkan. Penggambaran dijangka bermula pada bulan hadapan bertempat di San Francisco.

BACA:  Foto Set Penggambaran SHANG-CHI Dedahkan Karakter Misteri

Trilogi Matrix yang terdiri daripada The Matrix, The Matrix Reloaded dan The Matrix Revolutions telah berjaya meraih $1.6 billion dolar seluruh dunia. Ketiga-tiga filem tersebut ditulis dan diarahkan oleh Lana dan adiknya, Lilly Wachowski dan dibintangi Reeves dan Moss sebagai pelakon utama.

The Matrix 4 arahan Lana Wachoswki akan menemui penonton pada 21 Mei 2021.

Tinggalkan Balasan

shares