
Filem terbaru Universal Jurassic World: Dominion telah memulakan tayangan awal di beberapa negara antarabangsa, dan berjaya memperoleh AS$56 juta dari 15 pasaran luar negara.
Kutipan tersebut sudah mendahului prestasi yang dicatatkan Jurassic World dan Jurassic World: Fallen Kingdom – dalam tempoh tayangan yang sama. Dengan prestasi baik yang ditunjukkan, tidak mustahil ia akan memberikan kutipan lebih tinggi dari pendahulunya apabila ia dilancarkan secara rasmi di seluruh dunia pada minggu ini.
#JurassicWorldDominion kicked off global release this wknd opening in 15 intl mkts (1 week before domestic) grossing big $55.5M led by Mexico's $18.1M & Korea's $15.1M. Big family auds coming out. New #JurassicWorld rolls into US, UK, France, Germany, Australia & China this week.
— Gitesh Pandya (@GiteshPandya) June 5, 2022
Sementara itu, beberapa klip terbaru telah didedahkan kepada umum. Anda boleh lihat kesemua klip video Jurassic World: Dominion berserta poster terbaru dibawah:
EXCLUSIVE: Watch this new #JurassicWorldDominion clip. @JurassicWorld
— Complex Pop Culture (@ComplexPop) June 2, 2022
Set to hit theaters on June 10. 🎟 pic.twitter.com/6SmXovHpvz
“Musim panas ini, alami kesimpulan epik era Jurassic apabila dua generasi bersatu buat kali pertama. Chris Pratt dan Bryce Dallas Howard disertai oleh pemenang Oscar Laura Dern, Jeff Goldblum dan Sam Neill dalam Jurassic World Dominion, pengembaraan baharu yang berani, tepat pada masanya dan menakjubkan, yang merentangi dunia,” menurut sinopsis rasmi.
“Daripada arkitek dan pengarah Jurassic World Colin Trevorrow, Dominion berlaku empat tahun selepas kemusnahan Isla Nublar. Dinosaur kini hidup—dan memburu—bersama manusia di seluruh dunia. Keseimbangan yang rapuh ini akan membentuk semula masa depan dan menentukan, sekali dan untuk semua, sama ada manusia akan kekal sebagai pemangsa teratas di planet yang kini mereka kongsi dengan makhluk paling menakutkan dalam sejarah.”
Jurassic World: Dominion dibintangi Chris Pratt, Bryce Dallas Howard, Jake Johnson, Omar Sy Daniella Pineda, Justice Smith, dan BD Wong. Filem terbaru ini juga bakal menampilkan beberapa bintang dari filem asal Jurassic Park seperti Laura Dern, Sam Neill, Jeff Goldblum, dan Campbell Scott. Beberapa karakter baru turut diperkenalkan dan akan dilakonkan oleh Mamoudou Athie, DeWanda Wise, Dichen Lachman, Scott Haze, dan Isabella Sermon.
Colin Trevorrow kembali sebagai pengarah dan turut menulis lakonlayar bersama Emily Carmichael, berdasarkan cerita yang dirangka oleh Derek Conolly dan Trevorrow. Penerbit Eksekutif adalah Steven Spielberg bersama Alexandra Derbyshire dan Trevorrow.
Jurassic World: Dominion akan ditayangkan di pawagam pada 9 Jun ini.