
Pengarah Guardians of the Galaxy Vol. 3, James Gunn telah mendedahkan butiran penting tentang kisah lampau Rocket dan rakan-rakan lamanya.
Dalam beberapa siri perkongsiannya di Twitter, Gunn mendedahkan butiran lanjut mengenai siapakah yang akan membawa suara Rocket sewaktu kecil dan rakannya. Linda Cardellini (Scooby-Doo) membawa suara Lylla, Mikaela Hoover (The Suicide Squad) memainkan watak Floor, dan Asim Chaudhry (People Just Do Nothing) sebagai Teefs
Gunn juga memberitahu bahawa penonton tayangan awal memuji persahabatan antara Rocket dan rakannya, dan hubungan itu menjadi salah satu aspek kegemaran mereka dalam filem itu.
Meet Rocket's friends from his childhood on Counter-Earth. Linda Cardellini is Lylla, Mikaela Hoover is Floor, and Asim Chaudhry is Teefs. In all the early screenings their friendship is one of audiences' favorite aspects of the movie. #GotGVol3 https://t.co/4fXs5VNa7n
— James Gunn (@JamesGunn) April 25, 2023
Seorang pengguna Twitter juga mengenalkan pasti bahawa abang pengarah, Sean Gunn, kini memainkan dua peranan dalam GOTG – Ravager/Guardian Kraglin dan Rocket, kerana Sean Gunn melakukan mocap untuk watak Rocket. James Gunn menjawab dan mendedahkan bahawa abangnya adalah “suara Young Rocket juga.”
I'd say technically your bro plays 2 roles with Kraglyn and the mocap for Rocket.
— Joe M (@neogreenlantern) April 25, 2023
Selain itu juga, Marvel Studios turut mengeluarkan video klip terbaru yang menunjukkan interaksi antara Rocket sewaktu muda bersama rakan-rakannya. Anda boleh tonton video tersebut dibawah:
“Dalam filem Marvel Studios Guardians of the Galaxy Vol. 3, kumpulan ketidaksesuaian kegemaran kita kelihatan agak berbeza pada masakini,” menurut sinopsis.
“Peter Quill, yang masih bersedih kerana kehilangan Gamora, mesti mengumpulkan pasukannya di sekelilingnya untuk mempertahankan alam semesta bersama-sama dengan melindungi salah seorang daripada mereka sendiri. Misi yang, jika tidak diselesaikan dengan jayanya, berkemungkinan besar akan membawa kepada pengakhiran Guardians yang kita kenali.”
Menyertai mereka adalah pendatang baharu MCU iaitu Will Poulter dan Chukwudi Iwuji, dengan Poulter disahkan membawa watak kegemaran peminat, Adam Warlock.
Guardians of the Galaxy Vol. 3 akan ditayangkan di pawagam pada 4 Mei in