Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Filem aksi 007 terbaru akhirnya akan dilancarkan pada 8 Oktober ini, dan treler terbaru No Time to Die mengumumkan kepulangan semula James Bond. 

Filem ini sekali lagi akan menyaksikan Daniel Craig mengulangi peranannya sebagai James Bond untuk kali terakhir. Pelakon yang turut kembali termasuklah Ralph Fiennes sebagai M, Lea Seydoux (Spectre), Naomie Harris sebagai Moneypenny, Ben Whishaw sebagai A, dengan Rory Kinnear sebagai Tanner, dan Jeffrey Wright sebagai Felix Leiter. Barisan pelakon baru yang disahkan membintangi drama ini adalah Dali Benssalah, Billy Magnussen, Ana De Armas, David Dencik, Lashana Lynch, dan Rami Malek.

Anda boleh tonton trailer No Time to Die dibawah:

No Time to Die menyaksikan James Bond menjalani kehidupan yang tenteram di Jamaica selepas bersara dari dunia pengintipan. Tetapi apabila rakan lamanya Felix Leiter dari CIA kembali untuk meminta pertolongan, dia terlibat dalam misi untuk menyelamatkan seorang saintis yang diculik, sekaligus membawa dia menjejaki seorang penjenayah misteri yang memiliki teknologi baharu yang sangat merbahaya.

Cary Joji Fukunaga (True Detective) mengarahkan No Time to Die dari skrip yang ditulis oleh Neal Purvis & Robert Wade, Scott Z. Burns bersama Fukunaga dan Phoebe Waller-Bridge (Fleabag, Killing Eve).

Related posts

Denzel Washington Sahkan Projek Seterusnya Adalah “The Equalizer 3”

Kakimuvee

Andrew Garfield Berbohong Pada Emma Stone Tentang Kepulangannya Sebagai Spider-Man

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Debut Treler Baharu Untuk Siri Marvel Studios “Moon Knight”

Kakimuvee

Netflix Umum Tajuk Adaptasi Korea Money Heist, Tonton Teaser Pertama Disini

Kakimuvee

Nick Creegan Mengambil Inspirasi Dari Jared Leto Untuk Lakonkan Watak Joker

Kakimuvee

Leslie Grace Kongsi Gambar Pertama Barbara Gordon Dengan Sut Penuh Batgirl

Kakimuvee

Leave a Comment