
Disney+ mengumumkan bahawa dua episod pertama siri Marvel Studios Hawkeye akan dilancarkan pada 24 November 2021. Perkhidmatan streaming itu turut melancarkan TV Spot terbaru, menawarkan kepada penonton pandangan terbaru Clint Barton bersama anak muridnya, Kate Bishop. Episod baru siri enam-episod ini akan dilancarkan pada setiap hari Rabu.
Tonton TV Spot Hawkeye dibawah:
“Hawkeye, siri asli terbaru Marvel Studios, ditetapkan ‘pasca-blip’ Kota New York di mana bekas Avengers, Clint Barton aka Hawkeye (Jeremy Renner) mempunyai misi yang nampaknya sederhana: kembali ke keluarganya untuk Krismas. Tetapi, ketika ancaman dari masa lalunya muncul, Hawkeye terpaksa bekerjasama dengan Kate Bishop (Hailee Steinfeld), seorang pemanah mahir berusia 22 tahun dan peminat terbesarnya, untuk mengungkap konspirasi jenayah.”
Menyertai barisan pelakon adalah pendatang baru MCU yang terdiri daripada Vera Farmiga, Fra Fee, Alaqua Cox, Tony Dalton, Zahn McClarnon, dan Brian d’Arcy James. Florence Pugh, yang telah membuat debut sebagai Yelena Belova dalam Black Widow, dilaporkan bersedia untuk muncul dalam siri akan datang.
Hawkeye akan ditayangkan pada 24 November ini, hanya di Disney+ Hotstar.