Dua video pendek yang menunjukkan krew kapal angkasa Covenant sedang berhadapan dengan makhluk asing telah dikeluarkan dilaman Youtube baru-baru ini. Kedua-dua video pendek ala “found footage” itu menunjukan krew kapal angkasa Covenant sedang melakukan pengembaraan disebuah planet asing yang boleh dijadikan penempatan baru buat penduduk Bumi yang sedang mencari sebuah planet baru untuk diduduki oleh mereka.
Sebaliknya, krew kapal tersebut telah diburu oleh predator makhluk asing di Planet tersebut yang menyebabkan mereka berada dalam ketakutan. Dua video tersebut menunjukan percakapan dan pesanan dua krew kapal angkasa tersebut iaitu Daniel (Lakonan Katherine Waterson dan Christopher Oram (Lakonan Billy Curdup)
Jom kita tonton video ala “Found Footage” filemĀ Alien: CovenantĀ yang sebenarnya dihasilkan untuk tujuan promo filem prekuel Alien itu.
Daniel’s Transmission
https://www.youtube.com/watch?v=J89giWtUndQ
Oram’s Transmission