Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Video

Video Featurette Terbaru Beri Tumpuan Pada Filem ‘Black Widow’ & Masa Depan MCU

Hanya beberapa hari menjelang pelancaran Black Widow, Scarlett Johansson, Rachel Weisz dan Kevin Feige, penerbit, presiden Marvel Studios, dan ketua pegawai kreatif Marvel, membincangkan kisah masa lalu Natasha Romanoff dan peranan filem ini dalam membentuk masa depan Marvel Cinematic Universe.

Black Widow – filem pertama di Fasa Empat MCU – akan dilancarkan di pawagam Malaysia pada 29 Julai 2021.

Dalam filem ini, Natasha Romanoff aka Black Widow berhadapan dengan sisi gelap kehidupannya ketika timbul konspirasi berbahaya yang mempunyai kaitan dengan masa lalunya. Dikejar oleh kekuatan yang tidak akan berhenti untuk menjatuhkannya, Natasha mesti menangani kisah lampaunya sebagai perisik dan hubungan yang terputus sebelum dia menjadi Avenger.

Scarlett Johansson meneruskan peranannya sebagai Natasha Romanoff/Black Widow, bersama pendatang baru MCU Florence Pugh sebagai Yelena, David Harbour sebagai Alexei/The Red Guardian dan Rachel Weisz sebagai Melina. Black Widow diarahkan oleh Cate Shortland dan diterbitkan Kevin Feige.

Related posts

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Leave a Comment