Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Video

Video Featurette Resident Evil Memberi Sorotan Pada Watak Claire Redfield

Sony Pictures telah mengeluarkan video featurette terbaru Resident Evil: Welcome to Raccoon City, yang memberi sorotan pada watak lakonan Kaya Scodelario, Claire Redfield. Watak itu digambarkan sebagai pelarian yang memberontak yang pulang ke kampung halamannya untuk menumpaskan Umbrella Corporation. 

Claire Redfield sebelum ini telah dilakonkan oleh Ali Larter dalam francais Resident Evil yang diterajui Milla Jovovich. Anda boleh tonton video tersebut dibawah:

Resident Evil: Welcome to Raccoon City akan mengadaptasi dua permainan video “Resident Evil” yang pertama, dan turut menampilkan watak-watak utama dari permainan tersebutlah termasuk Claire Redfield dan Chris Redfield. Reboot terbaru ini hadir setelah lima tahun sejak studio Sony Pictures mengakhiri siri filem “Resident Evil” yang dipimpin Milla Jovovich.

Filem ini menjadi kisah ‘origin’ rasmi kepada francais permainan video seram keluaran Capcom dan akan ditetapkan pada tahun 1998, pada waktu malam di kota Raccoon City ketika Umbrella Corporation melepaskan neraka dunia dan segalanya bergantung kepada beberapa yang terpilih untuk menghentikannya. 

Barisan pelakon terdiri daripada Kaya Scodelario (The Maze Runner) sebagai Claire Redfield, Hannah John-Kamen (Ant-Man and the Wasp) sebagai Jill Valentine, Robbie Amell (Upload) sebagai Chris Redfield, Tom Hopper (Black Sails) sebagai Albert Wesker, Avan Jogia (Zombieland : Double Tap) sebagai Leon S. Kennedy, dan Neal McDonough (DC’s Legends of Tomorrow) sebagai William Birkin. Chad Rook (The Flash) dan Lily Gao (The Handmaid’s Tale) akan memainkan watak sampingan. 

Robert Kulzer menjadi penerbit untuk Constantin Films, bersama James Harris dari produksi Tea Shop Productions dan Hartley Gorenstein. Sony Pictures akan menjadi pengedar untuk pasaran antarabangsa.

Filem terakhir dalam francais pertama Resident Evil, Resident Evil: The Final Chapter arahan Paul W.S. Anderson dan lakonan Milla Jovovich berjaya mengaut $26.8 juta di pasaran US dan $285.4 juta dolar di pasaran antarabangsa. Diadaptasikan dari permainan video keluaran Capcom, francais Resident Evil telah mengutip lebih $1.2 billion seluruh dunia, dan menjadi francais adaptasi permainan video paling laris setakat ini. 

Resident Evil: Welcome to Raccoon City akan menemui penonton pada 24 November 2021.

 

Related posts

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Keanu Reeves Tidak Mahu Neo & John Wick Dijadikan Karakter Dalam Permainan Video Mortal Kombat

Kakimuvee

Leave a Comment