Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Video

Video Featurette “Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore” Selami Kisah Silam Albus Dumbledore

Warner Bros. Pictures telah melancarkan video featurette terbaru filem aksi fantasi mereka yang akan datang, Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore, yang menyoroti kisah silam Albus Dumbledore dan bagaimana ia memberi kesan pada setiap karakter dan jalan ceritanya. 

Video itu menampilkan ulasan oleh beberapa pelakon utama termasuk Jude Law semasa mereka membincangkan perkara yang peminat harus jangkakan tentang watak Harry Potter kegemaran ramai itu. Ansuran ketiga Fantastic Beasts akan tiba di pawagam pada 15 April.


Anda boleh tonton video tersebut dibawah:

“Professor Albus Dumbledore tahu ahli sihir gelap yang berkuasa, Gellert Grindelwald sedang menggerakkan pengikutnya untuk menguasai dunia sihir,” menurut sinopsis rasmi.

“Tidak dapat menghalangnya seorang diri, dia percaya pada ahli Magizoologi, Newt Scamander, untuk mengetuai pasukan ahli sihir, dan seorang tukang roti Muggle yang berani dalam misi berbahaya, di mana mereka bertemu dengan binatang lama dan baharu serta bertembung dengan pengikut Grindelwald yang semakin meningkat. Tetapi dengan pertaruhan yang begitu tinggi, berapa lama Dumbledore boleh kekal di luar?”

Fantastic Beasts 3: The Secrets of Dumbledore menyaksikan pemenang Oscar Eddie Redmayne kembali sebagai Newt Scamander, bersama-sama Katherine Waterston sebagai Tina Goldstein, Dan Fogler sebagai Jacob Kowalski, Alison Sudol sebagai Queenie Goldstein, Ezra Miller sebagai Credence, Jude Law sebagai Albus Dumbledore, dan Jessica Williams sebagai Profesor Eulalie Hicks

Filem ini juga akan memperkenalkan Mads Mikkelsen (Another Round) sebagai Gellert Grindelwald baharu, watak jahat yang pertama kali dibawakan oleh Johnny Depp.

Pelakon tambahan termasuk: Victoria Yeates sebagai Bunty, William Nadylam sebagai Yusuf Kama, Richard Coyle sebagai Aberforth, Poppy Corby-Tuech sebagai Vinda, Aleksandr Kuznetsov sebagai Helmut, Oliver Masucci sebagai Anton Vogel, Maria Fernanda Cândido sebagai Vicência Santos dan Dave Wong sebagai Liu Tao.

Fantastic Beasts 3: The Secrets of Dumbledore sekali diarahkan oleh David Yates berdasarkan lakonlayar yang ditulis oleh J.K. Rowling dan Steve Kloves. 

Related posts

Mengembara Ke 1,000 Dimensi Bersama Syafiq Kyle & Adriana Adnan Dalam Drama Percintaan Fantasi Terbaharu Viu Original

Kakimuvee

Trailer “The Winchesters” Beri Pandangan Pertama Prekuel “Supernatural”

Kakimuvee

Aquaman and the Lost Kingdom: Amber Heard Dilepaskan Dari Kontrak, Tidak Pasti Berapa Banyak Babaknya Dipotong

Kakimuvee

Projek Captain Carter Dikhabarkan Sedang Dalam Pembangunan

Kakimuvee

Marvel Studios Lancar Trailer & Poster “She-Hulk: Attorney at Law” Untuk Siri Disney+ Hotstar Yang Akan Datang

Kakimuvee

Gambar Terbaru “Ms. Marvel” Goda Kuasa Yang Dimiliki Kamala

Kakimuvee

1 comment

Bos21 April 3, 2022 at 11:34 pm

tak sabar kat tengok ni movie..

Reply

Leave a Comment