Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaVideo

[VIDEO] Deleted Scene ‘The Batman’ Tunjuk Gambaran Penuh Barry Keoghan Sebagai Joker


Satu adegan yang dipadamkan dari filem The Batman telah muncul diatas talian. Adegan tersebut, yang pasti mengujakan peminat, memaparkan perbualan di antara Batman dan musuh terkenalnya, Joker!

Klip tersebut telah diterbitkan di atas talian melalui laman web permainan realiti alternatif untuk filem The Batman, Rata Alada.

Pemain ditugaskan untuk menyelesaikan pelbagai teka-teki, yang semuanya berkaitan dengan Joker (jawapanya, jika anda ingin tahu, ialah: Puncline, Ha & Joker). Jika menjawab kesemua teka-teki dengan betul, anda diberi ganjaran untuk melihat video ‘deleted scene’ itu, yang menjukkan Batman (lakonan Robert Pattinson) melawat Joker (Barry Keoghan) di Arkham Asylum untuk bertanyakan tentang Riddler. 

Anda boleh tonton ‘deleted scene’ Batman & Joker dibawah:

Tidak seperti versi popular yang lain, Joker lakonan Hedge Ledger atau Joaquin Phoenix, versi Keoghan kelihatan jauh lebih ‘cacat,’ dan mempunyai persamaan dengan komik Batman era ‘The New 52,’ dimana Joker memotong wajahnya sendiri dan menjadi lebih sadis dari dirinya di masa lalu.


Pada bulan lalu, Matt Reeves pernah memberitahu kepada Variety bahawa terdapat adegan yang dipadam yang melibatkan Batman melawat Joker untuk membincangkan kes Riddles, dengan Joker sebaliknya memfokuskan pada permusuhan dan hubungan antara mereka berdua. 

The Batman diarahkan oleh Matt Reeves dari skrip yang ditulis olehnya bersama dengan Peter Craig. Filem adiwira terbaru DC itu akan menyaksikan Robert Pattinson menyarung mantel Dark Knight.

Turut menyertai barisan pelakon adalahZoe Kravitz sebagai Selina Klye / Catwoman, Paul Dano sebagai The Riddler, Andy Serkis sebagai Alfred Pennyworth, John Turturro sebagai Carmine Falcone dan bintang Westworld, Jeffrey Wright sebagai Commissioner Gordon dan Collin Farrell sebagai Oswald Cobblepot, aka The Penguin. Peter Sarsgaard dan Jayme Lawson turut membintangi filem ini, sebagai Gotham D.A. Gil Colson dan Bella Reál.


Related posts

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

Todd Phillips Kongsikan Gambar Terbaru Joker 2 Yang Menampilkan Joaquin Phoenix

Kakimuvee

Siri Reboot Harry Potter Akan Teroka Buku-Buku Asal Dengan Lebih Mendalam

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee