Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Video

[VIDEO] Black Widow Menentang Taskmaster Dalam TV Spot Terbaru

Marvel Studios telah melancarkan TV Spot terbaru Black Widow yang memaparkan pertarungan mendebarkan antara Black Widow dan musuh terbarunya, Taskmaster. Selain itu juga, pihak studio turut mendedahkan dua lagi video yang memaparkan belakang tabir pembikinan filem Black Widow serta pesanan dari barisan pelakon. Anda boleh lihat kesemua video tersebut dibawah. 

Natasha Romanoff aka Black Widow berhadapan dengan sisi gelap kehidupannya ketika timbul konspirasi berbahaya yang mempunyai kaitan dengan masa lalunya. Dikejar oleh kekuatan yang tidak akan berhenti untuk menjatuhkannya, Natasha mesti menangani sejarahnya sebagai perisik dan hubungan yang terputus sebelum dia menjadi Avenger.

Scarlett Johansson meneruskan peranannya sebagai Natasha Romanoff/Black Widow, bersama pendatang baru MCU Florence Pugh sebagai Yelena, David Harbour sebagai Alexei/The Red Guardian dan Rachel Weisz sebagai Melina. Black Widow diarahkan oleh Cate Shortland dan diterbitkan Kevin Feige.

Filem pertama dalam Fasa 4 Marvel Cinematic Universe ini akan ditayangkan di pawagam dan Disney+ mulai 9 Julai 2021.

Related posts

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Leave a Comment