Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaVideo

Video Belakang Tabir “One Piece” Goda Set Penggambaran Yang Cukup Epik, 6 Pelakon Sertai Siri Terbaru Netflix


Netflix telah mendedahkan video belakang tabir terbaru untuk siri aksi-langsung adaptasi anime popular One Piece. Dengan penggambaran masih diteruskan, video itu membawa penonton melihat set penggambaran yang cukup epik di Afrika Selatan dengan ‘showrunner’ Steven Maeda dan Matt Owen membincangkan proses membina set tersebut dalam menghidupkan dunia Luffy yang penuh warna-warni. 

Di samping itu, Netflix terus mengembangkan barisan pelakon dengan penambahan enam pelakon baharu yang terdiri daripada Alexander Maniatis sebagai Klahadore, Steven Ward sebagai Mihawk, Craig Fairbrass sebagai Chef Zeff, Langley Kirkwood sebagai Captain Morgan, Celeste Loots sebagai Kaya dan Chioma Umeala sebagai Nojiko.

Siri Netflix One Piece diterajui oleh Iñaki Godoy sebagai Luffy, Mackenyu sebagai Rorona Zoro, Emily Rudd sebagai Nami, Jacob Romero Gibson sebagai Usopp, dan Taz Skylar sebagai Sanji. Pelakon tambahan termasuk Morgan Davies sebagai Koby, Ilia Isorelýs Paulino sebagai Alvida, Aidan Scott sebagai Helmeppo, Jeff Ward sebagai Buggy, McKinley Belcher III sebagai Arlong, Vincent Regan sebagai Garp dan Peter Gadiot sebagai Shanks. 

Siri ini akan ditulis oleh Steven Maeda (The X-Files), yang juga akan bertindak sebagai showrunner dan penerbit eksekutif, bersama dengan penulis Matt Owens (Agents of SHIELD) yang juga penerbit eksekutif. Mereka disertai oleh Marty Adelstein dan Becky Clements dari Tomorrow Studios (Snowpiercer, Cowboy Bebop), yang juga akan menerbitkan siri ini bersama pengarang manga asal Eiichiro Oda.

One Piece berdasarkan manga ikonik Jepun karya Oda dengan nama yang sama yang mengikuti kisah Monkey D. Luffy, ketua kru lanun, Straw Hat Pirates, yang mendapat kuasa untuk mengubah tubuhnya menjadi getah selepas makan “Buah Iblis,” dan meneroka dunia luar biasa pulau-pulau eksotik dan lautan luas untuk mencari khazanah legenda yang dikenali sebagai “One Piece” untuk menjadi Raja Lanun seterusnya.



Related posts

Kejayaan Filem Pertama Dorong Netflix Pesan Filem Sekuel Troll

Kakimuvee

[VIDEO] Netflix Sahkan Perancangan One Piece Musim 2

Kakimuvee

Penerbit Sahkan Skrip Musim 2 One Piece Telah Siap

Kakimuvee

Zachary Levi Menggantikan Tempat Mel Gibson Dalam Chicken Run: Dawn of the Nugget, Tonton Trailer Pertama Disini

Kakimuvee

Anwar: The Untold Story Menduduki Carta Top 10 Netflix Malaysia

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee