Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Video Belakang Tabir MULAN Paparkan Keseriusan Pengarah Dalam Berikan Adegan Aksi


Walt Disney Pictures telah melancarkan video featurette terbaru yang memaparkan adegan lagak ngeri yang sedikit sebanyak dari memberi gambaran kepada penonton tentang adegan aksi dalam filem ‘live action’ terbaru itu. Selain itu, turut disertakan tv spot terbaru untuk tontonan anda. Anda boleh saksikannya dipemain video dibawah.

Diadaptasi dari filem animasi berjudul sama yang diterbitkan Disney pada 1998, Mulan berdasarkan legenda masyarakat China iaitu Hua Mulan, dimana dia menyamar sebagai seorang lelaki bagi menggantikan tempat ayahnya yang sudah tua – untuk berkhidmat dalam pasukan tentera China dan membawa penghormatan kepada keluarganya.

Dibintangi Yifei Liu yang memainkan peranan utama sebagai Hua Mulan, dia akan dibantu beberapa pelakon lain antaranya Gong Li, Donnie Yen, Jet Li, Jason Scott Lee, Yoson An, Jimmy Wong, Doua Moua, Ron Yuan, Utkarsh Ambudkar, Xana Tang, dan Chum Ehelepola.

Lakonlayar ditulis oleh Elizabeth Martin, Lauren Hynek, Rick Jaffa dan Amanda Silver, dan diterbitkan Walt Disney Pictures. Mulan bakal menemui penonton mulai 27 Mac 2020.


Related posts

“Lightyear” Diharamkan Di 14 Buah Negara – Termasuk Malaysia

Kakimuvee

Emma Stone Bawa Masalah Dalam Trailer Terbaru “Cruella”

Kakimuvee

Mulan ‘Flop’ Di Box Office China, Kutip $23 Juta Dolar Pada Minggu Pembukaan

Kakimuvee

#BoycottMulan Kembali Popular Selepas “Mulan” Memulakan Tayangannya Dipawagam

Kakimuvee

Tonton Trailer Terbaru Mulan Yang Penuh Dengan Aksi

Kakimuvee

Tonton Teaser Pertama Filem ‘Live Action’ THE PROMISED NEVERLAND

Kakimuvee