Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaVideo

Video Belakang Tabir “Hawkeye” Soroti Watak Yelena Lakonan Florence Pugh


Berikutan kepulangan watak Yelena lakonan Florence Pugh ke Marvel Studios menerusi siri Disney+ Hawkeye, sebuah video belakang tabir telah didedahkan kepada peminat menjelang episod keenam dan terakhir siri hit itu. 

Video terbaru itu, yang anda boleh lihat dibawah, memamparkan temubual dengan Pugh, bersama-sama dengan ahli lain di belakang siri ini. Selain itu juga, ia turut menunjukan beberapa rakaman belakang tabir ketika Pugh terlibat dengan penggambaran siri itu, bergurau dengan Jeremy Renner dan mengatakan bahawa ia adalah dua tahun pertama yang hebat dalam Marvel Cinematic Universe. 

Selain itu juga, poster baharu karakter Yelena turut dikeluarkan, menyoroti kemasukannya dalam siri dan pengenalannya dalam MCU. 

Dalam Hawkeye, Jeremy Renner mengulangi peranan ikoniknya sebagai Clint Barton, dan memperkenalkan anak didik kegemaran peminat, Kate Bishop, yang dilakonkan oleh calon Oscar Hailee Steinfeld.

“Siri ini berlatarkan di New York City pasca-blip, di mana bekas Avenger Clint Barton aka Hawkeye mempunyai misi yang kelihatan mudah: kembali kepada keluarganya untuk Krismas. Tetapi apabila ancaman dari masa lalunya muncul, Hawkeye dengan berat hati bekerjasama dengan Kate Bishop, seorang pemanah mahir berusia 22 tahun dan peminat terbesarnya, untuk membongkar konspirasi jenayah.”


Hawkeye diketuai oleh ketua penulis Jonathan Igla, dengan Amber Finlayson & Katie Ellwood, aka Bert dan Bertie, dan Rhys Thomas berkhidmat sebagai pengarah.

Strim Hawkeye (2021)


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Rancangan Menarik Ini Memberikan Inspirasi Untuk Meraikan Hari Raya Dengan Penuh Bergaya

Kakimuvee

Anime Sci-Fi Ikonik Jepun “MACROSS” Akan Tiba Di Disney+ Hotstar Pada Tahun Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee