Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Video Belakang Tabir Avengers: Endgame Paparkan Kraglin Turut Berjuang Bersama Avengers Menentang Thanos

Filem Avengers: Endgame akan menjadi ingatan buat para peminat filem bertemakan superhero terutamanya yang meminat filem-filem Marvel Cinematic Universe. Selain daripada tamatnya watak ikonik Iron Man, filem tersebut turut memaparkan pertempuran epik diantara pasukan Avengers dan bala tentera Thanos yang menyaksikan hampir kesemua adiwira disatukan dalam pertarungan akhir Infinity Saga.

Selain dari pasukan Avengers, pertempuran epik itu turut disertai Guardians of the Galaxy, tentera Wakanda, pengikut Masters of the Mystic Arts, pahlawan Asgardians dan kemungkinan pasukan Ravagers turut terlibat.

Setiap kumpulan sekutu Avengers diketuai oleh beberapa adiwira, dan aksi mereka dapat dilihat. Bagaimanapun, satu lagi pasukan iaitu Ravagers tidak begitu jelas, dan aksi mereka tidak begitu kelihatan. Malahan, tiada watak Ravagers yang dikenali peminat muncul didalam skrin di layar perak.

Namun, video terbaru yang memaparkan proses belakang tabir memasukkan kesan khas dalam filem Avengers: Endgame telah menunjukkan sesuatu yang menarik. Salah satu watak dari filem Guardians of the Galaxy yang dikenali peminat kelihatan turut berada disamping para adiwira sebelum pertarungan bermula. Watak yang dimaksudkan adalah Kraglin (Sean Gunn), orang kanan dalam unit Ravagers Yondu.

Anda boleh lihat dengan jelas watak Kraglin berada di belakang Wasp dan bersebelahan Spider-Man pada minit ke 1:25 dan 2:45. Bagaimanapun, dalam versi akhir, karakternya telah diganti dengan Groot.

Sayang sekali melihat watak cameo Kraglin dipotong semasa peringkat akhir suntingan. Jika dikekalkan, sekurang-kurangnya peminat dapat melihat aksi dari wakil kumpulan Ravagers yang turut memainkan peranan penting dalam pertempuran menentang bala tentera Thanos.

Related posts

5 STRIKING THINGS KINGDOM: ASHIN OF THE NORTH REVEALS & HOW IT TIES INTO THE KINGDOM UNIVERSE

Zulaikha

13 Pelakon Botak Yang Satu Ketika Dahulu Memiliki Rambut

Kakimuvee

New On Netflix August

Isqandar

WHO ARE THE SHADYSIDE KILLERS?

Zulaikha

WE RANK THE MANY DISTURBING DEATHS IN HORROR FILMS

Zulaikha

5 Pekara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Menonton “Kingdom: Ashin of the North”

Kakimuvee

Leave a Comment