Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Video

[Video] Babak-Babak Berlawan Terbaik Dari Aktor Hiroyuki Sanada

Hiroyuki Sanada dalam filem Life

Siapa yang pernah menonton filem-filem seperti The Last Samurai, 47 Ronin, Rush Hour 3, Ring atau Tasogare Seibei, pasti mengenali aktor Hiroyuki Sanada. Aktor Jepun ini sangat terkenal dengan aksi seni mempertahankan diri Shorinji Kempo dan Kyokushin Karate dalam filem-filem lakonan beliau.

Aktor veteran ini aktif sejak tahun 1965 sehinggalah sekarang. Beliau juga pernah muncul dalam filem The Wolverine dengan membawa watak Shingen Yashida, supervillain dalam siri komik Marvel. Sanada sekali lagi bakal muncul dalam filem Marvel akan datang iaitu Avengers 4  serta bakal membawakan watak ketua Yakuza dalam flem ketiga John Wick akan datang.

Disini kami ingin kongsikan video yang menunjukkan aksi-aksi Sanada mempersembahkan seni mempertahankan diri beliau dalam beberapa filem lakonannya. Video yang kami kongsikan ini dimuatnaik oleh pengguna laman Youtube, Jamyang Pelsang.

Senarai filem-filem dalam video ini:

1. The Wolverine
2. The Last Samurai
3. Rush Hour 3
4. Ninja in the Dragon’s Den
5. The Promise
6. Hoero! Tekken/Roaring Fire

Related posts

Nick Fury Menjadi Orang Paling Dikehendaki Dalam Video “Secret Invasion”

Kakimuvee

Video Terbaru ‘Fast X’ Memberi Fokus Pada Anak Dom, Brian Marcos

Kakimuvee

Adam Warlock Bertarung Dengan Nebula Dalam Klip Terbaru ‘Guardians of the Galaxy Vol. 3’

Kakimuvee

Tom Hardy Kongsikan ‘Deleted Scene’ ‘Venom’, Pra-Produksi Filem Ketiga Telah Bermula

Kakimuvee

DEADPOOL 3: Pembaca Bibir Dedah Apa Yang Diperkatakan Oleh Ryan Reynolds & Hugh Jackman

Kakimuvee

[VIDEO] Ryan Reynolds & Hugh Jackman Kongsikan ‘Spoiler’ Untuk Filem “Deadpool 3”

Kakimuvee

Leave a Comment