
Selepas membuat penampilan live-action dalam minisiri Ultra Galaxy Fight, Ultraman Ribut sekali lagi diberi peluang untuk muncul dalam francais Ultraman, kali ini dalam siri terbaru Ultraman Trigger: New Generation Tiga. Kehadiran Ribut dalam siri terbaru telah diketahui peminat pada September yang lalu selepas pelakon yang membawa watak ‘human form’ Ribut telah didedahkan kepada umum.
AMARAN SPOILER
Ribut telah membuat kemunculan dalam episod 14 – The Golden Threat – siri Ultraman Trigger: New Generation Tiga, dengan membantu Ultraman Trigger menentang Absolute Diavolo. Ultraman Trigger pada masa itu hampir ditewaskan Diavolo sebelum Ribut datang membantu. Kepantasan Ribut menangkis serangan Diavolo telah membolehkan Trigger berundur. Dengan menentang Diavolo seorang diri, Ribut melancarkan serangan demi serangan, memanggil Spreader Rod dan menggunakannya untuk menentang Diavolo.
Bagaimanapun, Absolutians Tartarus secara tiba-tiba muncul dan menghentikan pertarungan, mengingatkan Diavolo tentang objektif mereka sebelum pergi melalui portal emas yang lain. Ribut berubah menjadi bentuk manusia dan pergi berjumpa dengan Kengo Manaka.
Untuk melihat pertarungan Diavolo dan Ribut, anda boleh lihat video dibawah. Aksi mereka dipaparkan pada minit 24:10. Anda juga boleh tonton kesemua episod siri Ultraman Trigger: New Generation Tiga di Youtube ULTRAMAN OFFICIAL by TSUBURAYA PROD
Untuk info, Ribut adalah International Ultra pertama yang membuat kemunculan dalam siri utama francais Ultraman Series.
Kehadiran Tartarus dan Diavolo, serta Ultraman Ribut dalam siri Ultraman Trigger boleh dikatakan agak menarik dan menandakan ‘crossover’ dengan minisiri Ultra Galaxy Fight. Ketiga-tiga watak itu akan kembali dalam threekuel Ultra Galaxy Fight: The Destined Crossroad.