Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Video

[Video] Aksi Lagak Ngeri Tom Cruise Untuk Filem “Mission: Impossible 7”


Semalam, pengarah  Mission: Impossible 7 Christopher McQuarrie telah kongsikan sekeping foto dari set penggambaran yang memaparkan trek motorsikal di kawasan pergunungan.

Jika dilihat dari gambar tersebut, anda boleh menjangkakan satu adegan lagak ngeri yang cukup menakutkan akan dibuat oleh pelakon lagak ngeri atau Tom Cruise sendiri. Kini, anda boleh melihat aksi tersebut dalam sebuah video yang kami kongsikan dibawah, dan lebih menarik, ianya dilakukan sendiri oleh Tom Cruise!

Mission: Impossible 7 dibintangi Tom Cruise sebagai watak utama Ethan Hunt, serta beberapa pelakon lain seperti Rebecca Ferguson, Hayley Atwell, Simon Pegg, Ving Rhames, Henry Czerny, Shea Whigham, Pom Klementieff dan Esai Morales sebagai antagonis utama, menggantikan tempat Nicolas Hoult yang terpaksa berundur dari projek Mission: Impossible 7 disebabkan masalah jadual.

Paramount Pictures telah menetapkan tarikh tayangan dua filem terbaru Mission: Impossible iaitu pada  19 November 2021 dan 4 November 2022.


Related posts

[VIDEO] Netflix Sahkan Perancangan One Piece Musim 2

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee

Video The Nun 2: James Wan Goda Sekuel Yang Terikat Dengan Kisah Conjuring

Kakimuvee

Review Filem: Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One (2023)

Kakimuvee

Tom Cruise Masih Mengerjakan Filem Angkasa Lepasnya

Kakimuvee

Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One Meletup Di Pawagam, Kutip AS$235 Juta Pada Minggu Pembukaan

Kakimuvee