Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Versi Terbaru Avengers: Endgame Akan Ditayangkan Di Malaysia Mulai 29 Jun Ini


Buat peminat-peminat filem Marvel, kini anda boleh bergembira apabila versi terbaru Avengers: Endgame akan mula ditayangkan dipawagam tempatan mulai 29 Jun ini.

Berita baik mula tersebar apabila laman rasmi panggung wayang TGV dan GSC Cinema mengumumkan tarikh tayangan filem tersebut.

Minggu lalu, presiden Marvel Studios, Kevin Fiege telah mengumumkan bahawa filem Avengers: Endgame akan ditayangkan semula dengan penambahan beberapa babak baru seperti ‘deleted scene’, babak ‘post credit’, tribute dan beberapa kejutan untuk peminat.

Versi terbaru ini juga akan menyaksikan durasi filem akan ditambah sebanyak 7 minit dari durasi asal iaitu 3 jam 2 minit.

Jadi, kepada para peminat, rebut peluang keemasan ini untuk menyaksikan sekali lagi filem Avengers: Endgame di pawagam-pawagam tempatan.


https://www.instagram.com/p/BzIjvKTnJFv/?utm_source=ig_web_copy_link


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee