Versi “Extended” Once Upon a Time in Hollywood Akan Ditayangkan Di Netflix?

96
views

Awal tahun ini, Netflix telah menayangkan versi “extended” filem arahan Quentin Tarantino, The Hateful Eight dengan membahagikan filem tersebut kepada empat episod, berdurasi lebih kurang 50 minit bagi setiap episod.

Kali ini terdapat laporan yang mengatakan, Tarantino sedang merancang untuk membuat pekara yang sama terhadap filem terbarunya, Once Upon a Time in Hollywood. Selain itu juga, ia turut menyebut versi “extended” filem terbaru itu akan berdurasi selama 4 jam.

Laporan tersebut berdasarkan kenyataan yang dibuat salah seorang pelakon Once Upon a Time in Hollywood, Nicholas Hammond ketika bercakap kepada The Mutuals podcast baru-baru ini.

The promise is that like his other film, The Hateful Eight, they just done a 4-hour Netflix version. And I think they’re talking about doing the same. There are some actors like Tim Roth, wonderful actors, who never even made it into the film. I mean, their entire roles got cut.”

Versi tayangan teater Once Upon a Time in Hollywood berdurasi selama 2 jam 45 minit, dan versi tersebut menyaksikan babak-babak yang melibatkan pelakon Tim Roth telah dipotong sama sekali, manakala babak lakonan Damon Herriman sebagai Charles Manson juga dipendekkan oleh pengarah.

Jadi jika apa yang dikatakan oleh Nicholas Hammond adalah benar, mungkin Tarantino merancang untuk membawa versi “extended” laman penstriman video, Netflix.

Once Upon a Time in Hollywood akan ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan pada 15 Ogos ini.

Sumber: BloodyDisgusting.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here