Trivia

Vers Mencuri Motorsikal Dalam ‘Deleted Scene’ Captain Marvel

Views

Jika sebelum ini kami telah kongsikan beberapa ‘deleted scene’ yang memaparkan Vers a.k.a Captain Marvel bersama pasukan elit Kree, Starforce. Kali ini kami kongsikan satu lagi sedutan babak yang dipotong dari filem Captain Marvel. 

Babak tersebut memaparkan bagai Vers membuatkan ‘jantan gatal’ kesakitan kerana cuba mengorat dia. Lantas dia mencuri motor mamat tersebut, beredar menuju ke sebuah bar sepertimana yang ditunjukkan dalam filem. Anda boleh tonton ‘deleted scene’ tersebut dibawah.

Captain Marvel akan mengisahkan tentang Carol Danvers yang bakal menjadi adiwira paling hebat di galaksi semasa Bumi terperangkap dalam perang galaktik antara dua bangsa makhluk asing iaitu Kree dan Skrull. Ianya akan berlatarbelakang awal 90an dan akan menceritakan sejarah yang tidak pernah ditunjukkan dalam Marvel Cinematic Universe.

Filem ini turut dibintangil oleh Samuel L. Jackson, Clark Gregg, Ben Mendelsohn, Lashana Lynch, Gemma Chan, Algenis Perez Soto, Rune Temte, McKenna Grace, Annette Bening, dan Jude Law.

Captain Marvel kini boleh didapati dalam versi  4K Ultra HD, Blu-ray, DVD dan Digital HD.

BACA:  Selepas Berbulan Ditutup Akibat COVID-19, Ini Filem-Filem Yang Bakal Ditayangkan Dipawagam Julai Ini.

Tinggalkan Balasan

shares