Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Vera Farmiga Bintangi Filem Seram “Bad Bloom” Arahan Bryce McGuire


Menurut The Hollywood Reporter, pelakon Vera Farmiga secara rasmi menyertai filem pertama arahan Bryce McGuireber judul Bad Bloom. Farmiga akan memainkan watak utama dalam filem yang digambarkan sebagai ‘dongeng seram’. Selain berlakon, Farmiga turut bertindak sebagai penerbit.  

Bad Bloom adalah dongeng seram yang mengisahkan sebuah keluarga yang tinggal di sebuah pulau terpencil untuk menjaga makhluk yang tidak diketahui. Rahsia yang dijaga mereka mula terungkap ketika salah seorang kanak-kanak mengetahui raksasa yang mereka bimbangkan bukanlah raksasa yang mereka bayangkan.

Filem ini turut diterbikan Jon Rubinstein dan Galt Niederhoffer bersama-sama Renn Hawkey. Produksi dijangka bermula pada tahun ini. 

Vera Farmiga mula terkenal menerusi peranannya sebagai Lorraine Warren dalam Conjuring Universe ciptaan James Wan, yang mana jika filem-filem itu digabungkan, telah berjaya mengumpul lebih $1.2 billion dolar. 

Selain itu juga, Farmiga turut terkenal menerusi filem Down to the Bone, Nothing But the Truth, Up in the Air, Higher Ground, Orphan, dan Source Code. Dia bakal muncul dalam filem terbaru The Conjuring: The Devil Made Me Do It tidak lama lagi.



Related posts

Video Terbaru “The Conjuring 3” Bawa Penonton Melihat Lebih Dalam Peristiwa Sebenar Yang Mengerikan

Kakimuvee