Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Venom: Let There Be Carnage” Ditunda Buat Kali Ketiga

Selepas menunda tarikh tayangan “F9: The Fast Saga“, Sony Pictures membuat keputusan untuk menganjak tarikh tayangan filem lakonan Tom Hardy “Venom: Let There Be Carnage” buat kali tiga dari Jun ke September 2021. 

Selain itu juga, filem aksi komedi “The Man From Toronto” lakonan Kevin Hart, Kaley Cuoco dan Woody Harrelson turut ditunda dari tarikh tayangan asal pada September ke tarikh yang akan diumumkan kelak. 


“Venom: Let There Be Carnage” merupakan filem komik pertama Andy Serkis selepas muncul dalam dua filem Marvel Studios, dan juga filem ketiga dalam kariernya sebagai pengarah selepas “Mowgli: Legend of the Jungle“, yang dilancarkan di Netflix pada tahun lalu. 

Tom Hardy kembali meneruskan peranannya sebagai Eddie Brock bersama Michelle Williams sebagai Anne Weying. Watak penjahat utama Cletus Kasady aka Carnage, telah diperkenalkan dalam filem pertama “Venom” menerusi babak kredit, dan ia dilakonkan Woody Harrelson. Calon Oscar Naomie Harris dilaporkan sertai filem sekuel ini sebagai Shriek, kekasih dan sekutu Carnage. 

“Venom: Let There Be Carnage” pada asalnya ditetapkan tayangan pada 2 Oktober 2020, sebelum ditunda ke 25 Jun 2021. Kini, filem terbaru Sony Pictures ini akan ditayangkan pada 17 September 2021. Filem pertama “Venom” berjaya mengutip $855 juta dolar seluruh dunia meskipun mendapat ulasan negatif dari pengkritik dan sambutan hambar dari peminat. 

Related posts

Marvel Studios Akan Mendapatkan Semula Hak Teater ‘Jade Giant’ Daripada Universal Menjelang 2023

Kakimuvee

Watak Emilia Clarke Dalam MCU Mungkin Didedahkan

Kakimuvee

Loki & Sylvie Kembali Bersatu Di Set Penggamabaran LOKI Musim 2

Kakimuvee

“One Piece Film: Red” Tunjuk Prestasi Baik Di Box Office Jepun

Zulaikha

Sekuel “District 9” Masih Diteruskan, Mungkin Akan Jalan Penggambaran Tidak Lama Lagi

Kakimuvee

Senyuman Pembawa Maut Dalam Trailer SMILE, Akan Tayang Di Malaysia September Ini

Kakimuvee

Leave a Comment